Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rasionalisasi Sektor Awam Antara...

KUALA LUMPUR - Merasionalisasikan sektor awam, mewajarkan saiz perkhidmatan dan memperkenalkan dasar pemisah...

PRU-15: Ahmad Zahid Dakwa...

Bagan Datuk : Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

Model Tukar Gaya Hidup,...

AKTRES dan model Sofia Hayat yang berjaya menembusi Bollywood, kini telah membuang implan...

Pelajar Tingkatan 5 Antara...

JERANTUT – Seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun dan warga emas berusia...

Mangsa Banjir Di Terengganu Kekal 204 Orang Setakat 8 Pagi

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal seramai 204 orang daripada 58 keluarga setakat 8 pagi ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi applikasi Infobanjir melaporkan di Kuala Terengganu, Sekolah Kebangsaan Gemuruh masih menempatkan 126 mangsa dari 38 keluarga seperti malam tadi.

Begitu juga di Dungun, ia kekal tidak berubah iaitu seramai 78 orang (20 keluarga) yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya melalui laman web www.met.gov.my mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama).


Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan Kelantan dan Terengganu hari ini.

Keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. – BERNAMA

Kategori