KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus merekodkan peningkatan apabila mencecah 12,910 mangsa daripada 3,550 keluarga setakat 1.30 tengah hari.
Pagi tadi jumlah mangsa ialah seramai 10,734 orang daripada 3,161 keluarga dan 124 pusat pemindahan dibuka.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), sebanyak 139 pusat pemindahan beroperasi termasuk dua pusat pemindahan baharu dibuka di Kuala Terengganu yang menempatkan 24 mangsa daripada enam keluarga. – BERNAMA