Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Korban Gempa Di Turkiye,...

DIYARBAKIR (TURKIYE): Angka korban tragedi gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria, hari...

KBS Pantau Proses Pemulihan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memantau kerja-kerja pemulihan kerosakan...

Jangan Sewenangnya Kenakan Caj...

KUANTAN - Pemilik restoren, kopitiam dan hotel di negeri ini dingatkan agar tidak...

Menggigil Bila Dengar Ketukan...

ALOR GAJAH - "Menggigil saya apabila mendapati tiada sesiapa di luar sedangkan cara...

Mangsa Banjir Perak Berkurang Kepada 436 Orang Petang Ini

IPOH – Penutupan sebuah pusat pemindahan banjir di daerah Hilir Perak menyaksikan jumlah mangsa bencana itu di negeri ini berkurang kepada 436 orang petang ini berbanding 467 mangsa tengah hari tadi.

Menurut infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan.

Jumlah itu merangkumi 197 orang di daerah hilir Perak iaitu 97 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kerawai dan 100 di SK Changkat Jong Batu 8.

Di Manjung, jumlah mangsa banjir kekal 218 orang iaitu 208 daripadanya ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai dan 10 orang di Dewan Kampung Tanjung Ara.


Bagi daerah Larut Matang dan Selama, 21 orang masih berada di Surau Padang Serai Dalam. – BERNAMA

Kategori