Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sesak Teruk, Pengguna Rayu...

SHAH ALAM: Pihak berwajib dirayu segera melaksanakan pelebaran laluan sedia ada di Persiaran...

Volkswagen Henti Model ‘Kodok’...

BERLIN - Firma automotif ternama Jerman, Volkswagen mengumumkan model ikoniknya, Beetle, atau lazim disebut...

Isu Azan: Jawapan Alvin...

SELASA lalu, blogger seks sensasi Alvin Tan sekali lagi mencetuskan amarah masyarakat Malaysia terutama...

Tujuh Pelancong Berbogel Di...

TUJUH pelancong asing yang berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini akan...

Mara Sedia RM36j Untuk Usahawan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Majis Amanah Rakyat (Mara) Terengganu menyediakan peruntukan pinjaman kira-kira RM36 juta tahun ini untuk disalurkan kepada usahawan di negeri ini menjalankan perniagaan.

Pengarah Mara negeri, Salemi Yusof berkata terdapat dua kategori pinjaman iaitu mereka yang mendapat kerja-kerja kontrak dan juga pinjaman am dengan maksimum pinjaman sehingga RM500,000.

“Terengganu menjadi negeri yang paling tinggi diberikan peruntukan pinjaman berbanding negeri lain,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Salemi berkata sebanyak RM48 juta pinjaman dikeluarkan tahun lepas melibatkan 424 usahawan di seluruh negeri.

“Walaupun peruntukan untuk pinjaman tahun ini agak rendah berbanding tahun lepas, Mara Terengganu akan memohon tambahan peruntukan jika ada keperluan.


“Kita kena faham dengan kekangan keadaan ekonomi hari ini, kebanyakan jabatan dan agensi kerajaan mengamalkan langkah berjimat-cermat,” katanya.

Mengenai bayaran balik pinjaman, Salemi berkata, Terengganu merupakan negeri yang paling baik dari segi mendapatkan bayaran balik pinjaman dan sehingga kini terdapat kira-kira 4,000 usahawan yang bergerak aktif malah ada antara mereka menjalankan perniagaan dengan menyewa premis milik Mara sebanyak 600 lot.

Tambah Salemi, jika terdapat usahawan yang ingin mendapatkan pinjaman daripada Mara, mereka bolehlah hadir sendiri ke pejabat Mara negeri di sini untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut. – BERNAMA

Kategori