Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

PRU15: Andi Suryady Menang...

TAWAU : Calon Barisan Nasional (BN) merangkap Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah,...

Pengebom Berani Mati M’sia...

KUALA LUMPUR - Polis telah mendedahkan identiti pengebom berani mati kedua dari Malaysia...

Polis Evo 2 Tidak...

SELESAI... Kontroversi filem aksi Polis Evo 2 terbitan Astro Show dan diarahkan oleh Joel...

Tempe Bakal Jadi Status...

JAKARTA - Tempe telah dicadangkan untuk diangkat status sebagai warisan budaya Pertubuhan Pendidikan,...

Mark Adam Buka Pusat Latihan Vokal Akademi Suara

PENYANYI Mark Adam memberitahu impiannya untuk mempunyai sebuah pusat latihan vokal akhirnya terlaksana apabila berjaya membuka Akademi Suara yang terletak di Neo Damansara, di sini.

Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam, 38, berkata, perkara itu dapat direalisasikan selepas lebih 10 tahun mengajar vokal di negara asalnya Filipina dan Malaysia.

“Selepas lebih 10 tahun menjadi guru vokal, akhirnya saya dapat juga membuka sebuah akademi vokal milik saya sendiri.

“Ini memang minat saya dan saya kumpul duit sudah lama untuk merealisasikan hasrat saya ini. Sebelum ini saya hanya mengajar di tempat orang sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Mark ditemui pada majlis pelancaran pusat latihan vokal dan persembahan pentas Akademi Suara di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Mark Adam Buka Pusat Latihan Vokal Akademi Suara
Mark Adam (dua dari kiri) bersama tenaga pengajar Akademi Suara iaitu Amir Jahari (dari kiri), Adeep Nahar dan Ewal.

Selain itu, antara artis bakal menjadi tenaga pengajar di akademi berkenaan ialah Amir Jahari, Ewal dan Adeep Nahar.

Mark berkata, pemilihan tiga artis tersebut adalah berdasarkan kelayakan mereka daripada pelbagai sudut termasuk pencapaian dalam kerjaya nyanyian.

“Amir Jahari sangat berbakat dan dia mempunyai akademi dalam bidang muzik. Dia mampu untuk mencipta lagu dan menulis lirik.

“Ewal pula banyak memenangi anugerah di peringkat antarabangsa dan dia juga boleh memberi tunjuk ajar cara membuang rasa gemuruh ketika membuat persembahan.

“Dia juga bukan sahaja pandai menyanyi malah boleh menari dengan baik.


“Adeep Nahar pula seorang komposer dari Singapura dan banyak pengalaman dalam bidang muzik dan tulang belakang kepada beberapa penyanyi yang sudah berjaya,” ujarnya.

Mark Adam Buka Pusat Latihan Vokal Akademi Suara
Dari kiri; Ewal, Mark Adam dan Adeep Nahar.

Dalam pada itu, Mark berkata, setakat ini seramai 12 pelajar termasuk penyanyi Aiman Tino sudah mendaftar untuk menghadiri kelas vokal dengannya.

Tambahnya, dia menyasarkan seramai 60 pelajar bagi menampung berbelanjaan akademi berkenaan.

“Alhamdulillah, sudah ramai yang bertanya-tanya untuk belajar dengan saya, namun 12 orang yang sudah daftar secara rasmi termasuk Aiman Tino.

“Kalau boleh sasaran saya untuk dapat 60 pelajar kerana ingin membayar kos tempat ini,” ujarnya.

Sementara itu, bagi yang berminat untuk menghadiri kelas ini bayaran dikenakan ialah sebanyak RM300 bagi empat sesi selama sebulan. – mStar Online

Kategori