Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Apa Yang Anda Perlu...

TINGGAL sehari lagi temasya sukan dwitahunan Sukan SEA 29 yang diadakan di Malaysia...

Anggota Polis Didakwa Tipu...

MELAKA - Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, di sini,...

Remaja Berwawasan Atasi Gejala...

ALOR SETAR - Program Summer Camp Remaja Berwawasan yang dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaku...

Ular Sawa 150 Kilogram...

PEKAN - Penduduk di Taman Pelangkah di sini gempar dengan kehadiran seekor ular...

Mayat Kedua Mangsa Lemas Pantai Tanjung Balau Dijumpai

KOTA TINGGI – Mayat kedua mangsa lemas di pantai Tanjung Balau, Desaru, ditemui oleh anggota keluarganya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata mayat P. Sarawanan, 23, ditemui pada pukul 7.10 pagi tadi.

Mayat rakannya, K. Yougesvaran, 23, ditemukan pagi semalam kira-kira dua kilometer dari lokasi kedua-dua mereka dilaporkan hilang ketika mandi di pantai berkenaan pada petang Ahad lepas.

Rahmat berkata hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa datang dari Kulai menaiki sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki dan satu perempuan.

Turut bersama mereka adalah satu keluarga seramai lima orang yang menaiki lori.

“Hanya P. Sarawanan dan K. Yougesvaran mandi ketika kejadian. Mereka dilaporkan hilang di laut kira-kira pukul 6.15 petang. Mayat Sarawanan telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sementara itu, bapa Sarawanan, S Palanisamy, 46, yang ditemui berkata anaknya ada menghubunginya untuk memberitahu dia mahu ke laut bersama beberapa rakannya.

Menyedari keadaan laut yang bergelora pada musim tengkujuh, dia ada melarang anaknya namun anak sulung daripada tiga beradik itu tetap berkeras mahu ke laut dan berjanji akan pulang ke rumah pada pukul 8 malam Ahad.

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 7 malam seorang rakannya menelefon saya beritahu anak saya lemas. Sebaik menerima berita itu saya terus bergegas ke Tanjung Balau,” katanya.

Sebelum kejadian, Palanisamy dan anaknya, yang bekerja sebagai pemandu jengkaut itu, sempat bersembahyang dan makan bersama. – BERNAMA

Kategori