Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Budak 6 Tahun Dibunuh...

MEXICO - Kematian seorang budak lelaki berusia enam tahun, Christopher Raymundo Marquez, telah...

Kes Saman: Sultanah Nur...

KUALA LUMPUR - Peguam yang mewakili Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah memohon supaya...

Calon SPM P.Pinang Hadapi...

GEORGE TOWN - Hanya selepas seminggu banjir kilat melanda ibu negeri Pulau Pinang...

Suntikan Dos keempat Covid-19...

WASHINGTON – Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Dr. Albert Bourla memaklumkan bahawa kebanyakan individu...

Mayat Pertama Pelajar Lemas Di Pantai Dijumpai

BESUT – Mayat pelajar tingkatan satu yang lemas di Pantai Bukit Keluang, di sini, petang semalam ditemukan pukul 8.30 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supt Kamsani Hassan memberitahu pemberita, mayat Nik Muhamad Haikal Fitri Nik Shamsuddin, 13, ditemukan 200 meter dari pantai berkenaan.

Katanya, sehingga kini operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana seorang lagi rakan mangsa iaitu Muhamad Izzat Haikal Alias, 12, masih hilang.

Semalam, dua sahabat itu bersama Muhamad Zaim Syamil, 13, Mohamad Ridha Sukiman, 12, Ahmad Osama Hafiz Salleh, 15, dan Muhamad Ariff Mohd Asri, 13, telah mandi-manda di pantai terbabit.


Empat rakan mereka itu bagaimanapun terselamat daripada ditelan ombak besar dan ada antaranya diselamatkan oleh pengunjung di situ.

Kamsani berkata operasi melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam itu akan tertumpu di sekitar Pantai Bukit Keluang, tempat mangsa pertama dijumpai. – BERNAMA

Kategori