Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Pengurusan Kes 11 Etnik...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 5 Julai untuk...

Lebih 4 Juta Kenderaan...

IPOH: Kerajaan negeri menjangkakan lebih 4 juta kenderaan akan memasuki Perak melalui Lebuh...

Kematian Dalam Lokap Balai...

Bedah siasat ke atas seorang lelaki yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di...

Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tanyalah...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) sepatutnya bertanya kepada Perdana Menteri, Tun...

MCA Harap Kembalikan Sokongan Rakyat Pada PRU-14

KUALA LUMPUR – MCA berharap penghargaan rakyat kepada usaha parti selama ini dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti juga berharap rakyat dapat mengenal pasti siapa yang betul-betul bekerja keras atau sebaliknya selama ini.

“Yang penting rakyat dapat mengenal pasti siapa yang betul-betul berkhidmat ataupun sekadar tin kosong sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2017 untuk veteran MCA dan pemimpin persatuan Cina anjuran parti itu, di sini hari ini.

Turut hadir, mantan Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting dan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Liow berkata walaupun mempunyai hanya tujuh kerusi di Parlimen, MCA telah menunjukkan kesungguhannya dalam membela nasib rakyat berbanding DAP yang mempunyai 38 kerusi tetapi hanya bercakap kosong.

Dalam pada itu, Liow berharap Tahun Ayam ini akan membawa lebih kekayaan dan kemakmuran kepada rakyat serta negara.


“Semoga pada tahun ini juga kerjasama dan perpaduan antara parti dalam Barisan Nasional akan lebih kukuh bagi memastikan sokongan rakyat semakin bertambah” katanya.

Liow juga berkata MCA berazam untuk membantu kerajaan memastikan visi Transformasi Nasional 2050 (TN50) menjadi kenyataan.

TN50, yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori