Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kedah Beri Imbuhan Kepada...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan memberi imbuhan kepada Mohd Faiz Subri atas...

VIDEO: Budak ‘Kebal’ Digilis...

SEORANG budak lelaki telah digilis dan diheret oleh sebuah van ketika cuba melintasi...

Jawatankuasa MA63 Tidak Bincang...

KUCHING - Pejabat Ketua Menteri (CMO) Sarawak menafikan berita mengenai pembelian kepentingan dalam...

PRU14: Umum Calon Awal...

CYBERJAYA - Langkah Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

McDonald’s Singapura Larang Kek ‘Haram’ Masuk Restoran

SINGAPURA – Ketika Sarawak, negeri terbesar di Malaysia melarang McDonald’s menyekat kek ‘haram’ memasuki 13 premisnya atas nama perpaduan rakyat berbilang kaum, lain hal pula di Singapura.

Pihak berkuasa republik itu; yang majoriti rakyatnya bukan Islam, tetap membenarkan pihak pengurusan restoran makanan segera popular tersebut melaksanakan dasar larangan kemasukan kek diperbuat daripada bahan haram.

Ia susulan pengumuman dibuat McDonald’s Malaysia baru-baru ini bahawa kek hari lahir dibawa oleh pelanggan mestilah daripada sumber halal, demi menjaga integriti dan status logo halal dikeluarkan pihak berkuasa agama.

Ekoran itu, kesemua rangkaian 134 buah cawangan restoran makanan Barat tersebut di seluruh Singapura juga mengesahkan bahawa hanya kek yang disahkan sebagai halal dibenarkan untuk dibawa masuk ke premis mereka.

Pengarah perhubungan pemerintah dan komunikasi McDonald’s Singapura, Faz Hussen ketika memberitahu agensi berita tempatan MediaCorp, syarat asas tersebut sebenarnya sudah lama dikuatkuasakan sejak tahun 1992.

Malah semua restoran McDonald’s di republik ini telah menerima sijil halal yang diperakui daripada pihak Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sendiri lebih dua dekad lalu waima tidak dipertikaikan pelanggan bukan Muslim.

“Sebagai restoran yang diiktiraf sebagai 100 peratus halal, kami mesti mematuhi syarat-syarat ketat MUIS bagi memastikan makanan yang kami hidangkan adalah halal dan sesuai untuk para pelanggan Muslim,” kata Faz lagi.

Baca: Status Halal McDonald’s Sarawak Bakal Terjejas

Juga: McDonald’s Hanya Benar Kek Halal Masuk Premis

mcd-sg1

Beliau turut menambah: “Ini termasuk syarat dalam proses penyediaan makanan, penyimpanan bahan masakan dan memastikan segala makanan yang disediakan tidak bercampur dengan sebarang bahan tidak halal dari segi syarak.”


Syarat tersebut bahkan dimaklumkan kepada semua pelanggan dan maklumat berkenaan juga tertera menerusi laman web rasmi McDonald’s, tambah Faz sebagai mengulas isu kek halal di restoran tersebut di Malaysia.

Tinjauan yang dibuat MediaCorp ke laman McDonald’s Singapura menunjukkan bahawa kek hari lahir adalah antara perkara yang termasuk dalam bahagian soalan-soalan yang sering ditanya (FAQ) oleh pelanggan mereka.

Syarikat gergasi makanan segera berpangkalan di Amerika Syarikat itu menyatakan pihaknya ada menawarkan kek hari lahir sebagai pilihan sebahagian daripada pakej pesta hari jadi supaya ia memudahkan urusan pelanggan.

McDonald’s pada dasarnya tidak membenarkan langsung para pelanggan untuk memakan makanan yang dibawa masuk dari luar premis tersebut, tetapi membuat pengecualian bagi kek hari lahir dengan syarat ia mesti halal.

Makanan dari luar, termasuk kek hari lahir, bagaimanapun tidak dibenarkan ditumpang simpan di restoran itu waima sementara atas sebab keselamatan makanan, menurut kenyataan McDonald’s. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori