Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Doktor Sado Pun Dapat...

KETAMPANAN Dr. Say Shazril sebelum ini pernah disalahertikan apabila ramai menyangka dia pakar...

Implikasi Layanan Cukai Muktamad

Pembayar cukai yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh memilih untuk tidak mengemukakan...

Penganjur Program Libatkan Pelajar...

KUALA LUMPUR - Penganjur sebarang kem perkhemahan melibatkan pelajar sekolah perlu memastikan bahawa...

Hujan, Ribut Jejas Aktiviti...

LANGKAWI - Kejadian angin kencang dan hujan berterusan yang membadai pulau peranginan ini...

Meninggal Dunia Beberapa Jam Selepas Ditemubual TV

RANCANGAN televisyen Today Show cuba memenuhi hasrat seorang pesakit kanser tulang berusia 22 tahun, Jordan Lorenzi, untuk berkahwin dengan membiayai perkahwinannya, namun menyedihkan beberapa jam selepas pertemuan diatur, Lorenzi telah meninggal dunia.

Lorenzi dan tunangnya, Lenae Kaenear mahu berkahwin dengan segera kerana mereka tidak pasti berapa lama Lorenzi dapat bertahan.

Malangnya, selepas hos Today Show, Stevie Jacobs mengunjungi Lorenzi bagi menyerahkan wang sebanyak $10,000 dan dua cincin, Lorenzi telah menghempuskan nafas terakhir.

Keadaan ini amat menyentuh perasaan Stevie hinggakan dia tidak dapat mengawal perasaan ketika bersiaran secara langsung di televisyen.

“Saya baru bertemu dengan pemuda ini, yang hebat, untuk tempoh yang singkat tetapi saya tersentuh dengan keberanian, jiwa dan cinta sejatinya terhadap ibu, ayah dan tunangnya.


“Adakalanya saat yang singkat ini meninggalkan kesan yang besar,’’ kata Stevie dalam nada yang sedih serta suara tersekat-sekat.

Dengan kematian Lorenzi, keluarganya memutuskan untuk menyerahkan wang berkenaan kepada hospital John Fawkner dan pusat penyelidikan kanser. – MYNEWSHUB.CC

Kategori