Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Edrus Minta Ampun Sangat-Sangat...

KUALA LUMPUR - “Edrus minta maaf mak, Edrus minta ampun sangat-sangat, nanti kalau...

Video: Wanita Ini Penyelamat...

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun nyaris disepit pintu lif dalam kejadian di...

Bilangan Mangsa Banjir Di...

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di Pahang turun kepada 4,348 orang daripada 1,156...

RM50.6 Juta Dibelanja Untuk...

KUANTAN - Sebanyak RM50.6 juta peruntukan bantuan telah dibayar kepada golongan orang kelainan...

Menteri Tunggu Laporan Jumlah & Bila Tajaan Bermula

JOHOR BAHRU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah masih menunggu laporan terperinci daripada dua agensi di bawahnya iaitu Pelaburan Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkaitan tajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan pada musim lalu.

Pada masa sama, Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini beliau tidak mengetahui berapa jumlah sebenarnya tajaan dan bila tajaan kepada pasukan Kelantan itu bermula.

“Saya sedang menunggu laporan terperinci daripada Pelaburan Mara dan UniKL. Saya pun tidak tahu berapa jumlah tajaan ini dan bila bermula.

“Cuma buat sementara waktu, sebarang bentuk tajaan kita tangguh dahulu kerana hendak tengok dan teliti dahulu,” katanya.

Ismail diminta mengulas perkembangan terkini dakwaan penajaan pasukan bola sepak Kelantan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Pengerusi Mara dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dikatakan telah menggunakan kedudukannya untuk memastikan dua agensi kementerian, Pelaburan Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menaja pasukan The Red Warriors (TRW).


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Johor dan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara RISDA dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di Bandar Baru Uda di sini hari ini.

Mengulas status Ketua Setiausaha kementeriannya yang bebas tahan reman semalam, Ismail berkata, perkara itu tertakluk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ini kerana jelasnya, sebarangan pertukaran dan pelantikan kakitangan awam di bawah JPA. – MalaysiaGazette

Kategori