Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

AKSEM Kelantan Rampas Mercun...

KOTA BHARU - Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kelantan merampas 5,000 kilogram mercun dan...

Aziz M Osman Umum...

Siapa tak kenal nama Aziz M Osman, figura popular yang menghasilkan banyak filem...

Fuziah Salleh Kesal Kenyataan...

KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh kesal dengan kenyataan...

2 Lori, Sebuah Kereta...

ALOR GAJAH - Sebuah lori tangki LPG, sebuah lori 'bonded' dan sebuah kereta...

Menyamar Pelanggan ‘Beli’ TV, Tuntut Ganti Rugi RM1,835

SEBUAH kedai mengalami kerugian £330 pound (RM1,835) setelah ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan mereka.

Menurut sebuah laman antarabangsa, kejadian itu berlaku di sebuah kedai bernama Aldi di Wragby, Lincoln, United Kingdom pada 2 Januari lalu.

Seorang lelaki pertengahan umur yang tidak diketahui identitinya telah mengambil satu kotak Smart TV bersaiz 49 inci dan membawanya ke kaunter pembayaran, lalu meminta wangnya dikembalikan.

Laman itu tidak menyatakan mengapa individu lelaki itu bertindak mengembalikan televisyen yang ‘dibelinya’ itu.

Menyamar Pelanggan 'Beli' TV, Tuntut Ganti Rugi RM1,835

Apabila juruwang premis itu meminta resit pembelian, suspek dengan yakinnya berjalan menemui pengurus kedai itu dan dilihat bersalam dengannya sebelum kembali ke kaunter.

Melihat aksi tersebut, juruwang itu menyangka pengurusnya membenarkan lelaki itu menuntut pengembalian wang tanpa memerlukan resit pembelian, lalu menyerahkan wang sebanyak £329.99 pound (RM1,835) kepadanya.


Suspek dengan selamba berjalan keluar dari premis tersebut bersama wang yang ditipunya.

Namun tidak lama kemudian, juruwang berkenaan sedar bahawa dia telah ditipu, lalu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Polis telah mendapatkan gambar suspek dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek, tampil membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori