Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Deposit Tabung Haji Meningkat...

KANGAR - Jumlah deposit Tabung Haji meningkat dengan memberangsangkan bagi tempoh 10 tahun...

Hari 6: Tiba-Tiba Anwar...

Masuk hari keenam perbicaraan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, suasana...

Warga Singapura Kagum Polis...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Singapura yang kehilangan Toyota Estima, kagum dengan...

Pendidikan Internet Bentuk Masyarakat...

KUALA LUMPUR - Umumnya, masyarakat hari ini tidak dapat lari daripada arus kemajuan...

OIC: PM Seru Myanmar Henti Bunuh Rohingya

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru pemerintah Myanmar agar segera menghentikan semua diskriminasi dan serangan terhadap etnik Muslim Rohingya.

Beliau juga menggesa 57 buah negara Islam di dunia supaya bertindak menamatkan “tragedi kemanusiaan” itu dan berikrar sedia bantuan dana RM10 juta untuk projek kemanusiaan dan perlindungan di wilayah Rahkine.

“Pembunuhan mesti dihentikan. Pencabulan wanita dan kanak-kanak perempuan mesti dihentikan,” kata Najib dalam satu mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan isu Rohingya.

“Penindasan rakan-rakan senegara anda, hanya semata-mata kerana mereka orang Islam, mesti dihentikan,” katanya lagi sambil mengajak OIC untuk menjadi suara pembela bagi minoriti Islam di negara tertentu.

Malaysia selama ini lantang bersuara terhadap Myanmar yang majoriti penduduknya beragama Buddha, atas layanan zalimnya terhadap masyarakat minoriti Rohingya apabila dianggap sebagai pendatang asing tanpa iziz.

Ini terutama sekali sejak Oktober lalu, apabila pasukan keselamatan Myanmar melancarkan operasi ketenteraan di utara Rakhine dekat sempadan Bangladesh, tempat tinggal ramai orang Rohingya sejak lebih sekurun lalu.

Sekurang-kurangnya 86 orang dibunuh dan sekitar 66,000 sudah melarikan diri ke Bangladesh susulan sembilan pegawai polis Myanmar dibunuh secara misteri pada 9 Oktober 2016 dalam serangan terhadap pos sempadan.

rohingya-in-malaysia

Menurut pemerintah Myanmar, serangan nekad itu adalah konon angkara orang Rohingya yang disokong para militan asing terutama rangkaian pengganas antarabangsa selain kumpulan pemberontak bersenjata tempatan.

Orang pelarian, penduduk dan pelbagai kumpulan hak asasi antarabangsa berkata pasukan keselamatan Myanmar sudah menjalankan pembunuhan beramai-ramai, merogol wanita dan membakar rumah masyarakat Rohingya.

Namun pemerintah Myanmar, yang dipimpin pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan, Aung San Suu Kyi, sudah menafikan tuduhan tersebut, dan berkata banyak laporan tersebut konon sengaja direka oleh pihak asing.


Pemerintah Naypyidaw malah menegaskan bahawa konflik berdarah di wilayah Rakhine kononnya adalah hal dalam negeri dan bukan pembersihan etnik secara sistematik untuk menghapuskan penganut Islam di Myanmar.

Najib, yang pada bulan lalu menyertai tunjuk perasaan di Kuala Lumpur untuk menyeru agar campur tangan dari negara asing dilakukan untuk menghentikan “pembersihan kaum”, berkata Myanmar mesti mengambil tindakan.

“Kami menyeru pemerintah Myanmar agar menghentikan semua tindakan dan serangan diskriminasi terhadap orang Rohingya serta merta, dan agar para dalang dibawa ke muka pengadilan,” tegas beliau lagi.

Orang Rohingya sudah lama menghadapi isu diskriminasi di Myanmar sejak turun-temurun lagi. Mereka tidak pernah diberikan hak kerakyatan dan dianggap konon sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Keganasan di utara Rakhine sejak Oktober tahun lalu adalah yang paling serius sejak rusuhan kaum pada 2012 membunuh ratusan orang. Malaysia tahun lalu memanggil duta Myanmar untuk bantah layanan terhadap Rohingya.

Najib berkata adalah sesuatu yang memalukan sekiranya ASEAN tidak sanggup mempertahankan prinsipnya dan melakukan sebaik mungkin untuk “mengelak bencana kemanusiaan yang sedang berlaku.”

Beliau malah memberitahu menteri-menteri luar dan wakil dari kalangan OIC bahawa mereka tidak boleh sekadar “hanya menyaksikan apa yang berlaku tanpa melakukan apa-apa tindakan susulan.”

“Adalah wajib bagi kita semua untuk melakukan apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan mereka daripada tragedi kemanusiaan yang sedang menimpa etnik ini,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori