Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Semporna Bakal Miliki Pusat...

SEMPORNA - Semporna bakal memiliki sebuah pusat pengajian al-Quran yang dijangka beroperasi tahun...

Tahniah Tan Sri Muhyiddin...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menjunjung keputusan yang dibuat oleh Duli Yang...

Ahmad Razif Akur Bertanding...

KUALA BERANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan...

The 1975 Batal Konsert...

JAKARTA : Kumpulan band indie-rock British, The 1975 membatalkan konsert di Indonesia selepas...

Mia Ahmad Pilih Menetap Di Johor Bahru

PELAKON Mia Ahmad kini memilih untuk menetap di ibu negeri Johor iaitu Johor Bahru bersama-sama suami walaupun terpaksa berjauhan dengan dunia hiburan di Kuala Lumpur.

Menurut Mia atau Shamiha Ahmad Baderi, 29, dia semakin selesa untuk menyesuaikan diri di lokasi baharu selepas genap dua minggu mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd. Izham Tarmizi Roslan.

“Alhamdulillah saya kini sudah menetap di Johor Bahru dan bahagia menjalani kehidupan sebagai suri rumah.

“Sejujurnya saya rasa lebih bahagia apabila dapat berada di sisi suami…ini tanggungjawab baharu saya selepas bergelar isteri,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Mia dan Mohd. Izham, 26, mendirikan rumah tangga pada 13 Januari lalu di Taiping, Perak.

Bagaimanapun menurut Mia, Mohd. Izham tidak menghalang dia meneruskan kariernya dalam bidang lakonan walaupun terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur.

“Izham dah bagi green light sebab dia sendiri pun sibuk dengan latihan dan perlawanan. Jadi dia tak mahu saya kesunyian di rumah tanpa buat apa-apa.

“Tapi saya harus berbincang dengan suami sebelum menerima apa-apa tawaran berlakon kerana sudah pasti saya harus terikat dengan lokasi pengambaran untuk tempoh masa tertentu,” katanya.

Namun menurut Mia dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon buat sementara waktu kerana inai di jarinya masih merah.


“Sudah dua tiga tawaran terpaksa ditolak, macam mana nak berlakon kalau inai masih merah terutama kalau watak heroin tengah bercinta,” katanya penuh ceria.

Mengulas mengenai pengalamannya selepas dua minggu mendirikan rumah tangga, Mia berkata dia sedang melalui fasa percintaan selepas kahwin.

“Kami bercinta tak lama sebelum kahwin, jadi inilah masanya untuk saling mengenali antara satu sama lain.

“Seronok juga bila hari-hari kena masak untuk suami dan saya bersyukur Izham tidak cerewet bab makanan,” katanya.

Ditanya sama ada mereka merancang untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat, Mia berkata dia dan suami menyerahkan kepada takdir.

“Kami tak merancang apa-apa. Tapi buat masa ini biarlah kami bercinta dahulu, kalau ada rezeki nanti adalah,” katanya. – mStar Online

Kategori