Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Jangkaan Rusia Guna Senjata...

WASHINGTON : Amerika Syarikat (AS) menjangkakan Presiden Rusia, Vladimir Putin berkemungkinan melaksanakan taktikal...

Video: Oh Deer…. Rusa...

SEEKOR rusa sambar yang semakin jarang ditemui di Singapura mati selepas dilanggar sebuah...

Parti Amanah Dakwa PAS...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa PAS mempergunakan Himpunan Fastaqim di...

Pelajar Tingkatan 4 Ditemui...

BUTTERWORTH - Seorang pelajar Tingkatan Empat ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya...

MIDA Frankfurt Yakin Dengan Prospek Pelaburan 2017

FRANKFURT – Pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Frankfurt yakin dengan prospeknya dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dari empat buah negara di bawah bidang kuasanya pada tahun ini.

Pengarahnya, S. Siva berkata keyakinan itu adalah daripada prestasi MIDA Frankfurt pada tahun lepas yang disifatkan sebagai ‘tahun yang agak baik’.

Selain Jerman, MIDA Frankfurt mempunyai bidang kuasa ke atas Benelux, Luxembourg dan Belanda.

MIDA Frankfurt telah melepasi parameter sasaran atau indeks prestasi utama bagi 2016 seperti yang ditetapkan oleh ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Malaysia telah menarik pelaburan bernilai RM3.884 bilion dalam sektor pembuatan dan RM570 juta dalam sektor perkhidmatan dari Jerman bagi tempoh Januari-November 2016, menurut angka MIDA.

“Saya berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai pada tahun lepas. Belanda muncul sebagai negara pelaburan tunggal terbesar di Malaysia dengan nilai pelaburan sebanyak RM3.031 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lepas,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di pejabatnya di sini.

Jumlah pelaburan dari Belanda sebanyak RM977 juta pada 2015.

Syarikat Belanda terlibat dalam pelbagai projek di Malaysia. Ia termasuk Terminal Pengerang, Oryx Stainless, Press Metal Bintulu, Benchmark Electronic, Volvo Car Manufacturing, dan Teleplan Technology.

Aliran masuk FDI Jerman ke Malaysia bagi Januari-September 2016 bernilai RM1.541 bilion dan RM1.161 bilion pada 2015.

Pelabur utama dari Jerman termasuklah Osram Opto Semiconductors, Infineon Technologies, Sew Eurodrive, dan HUBNER Malaysia.

MIDA Munich turut memainkan peranannya dalam menarik pelaburan dari Jerman.

FDI dari Belgium berjumlah RM585 juta bagi tempoh Januari-September 2016, manakala negara kecil, Luxembourg sebanyak RM539 juta.

Syarikat Belgium yang beroperasi di Malaysia termasuklah X-FAB Sarawak, Melexis dan GOI Chemicals, manakala satu-satunya pelabur dari Luxembourg adalah St. Jude Medical Operations.


Siva berkata Lufthansa Technik berminat untuk mewujudkan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di Kuala Lumpur, manakala Volkswagen Group menempatkan semula pusat selepas jualan Asia Pasifiknya dari Singapura ke Malaysia.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi butiran lanjut mengenai keputusan pelaburan itu.

“Ramai pelabur yang berpotensi dan eksekutif korporat tertarik dengan lokasi Malaysia yang strategik, selain ketersediaan bahan mentah dan akses kepada pasaran Komuniti Ekonomi ASEAN yang besar,” katanya.

MIDA Frankfurt turut merancang pelbagai aktiviti pelaburan-promosi pada 2017, termasuk lawatan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed ke Hamburg pada Mac tahun ini.

Didorong oleh kejayaan Forum Pelaburan ASEAN (AIF) yang pertama di sini pada tahun lepas, Siva berkata MIDF Frankfurt merancang untuk mengadakan AIF yang kedua pada tahun ini dengan penyertaan pejabat pelaburan-promosi Filipina, Thailand dan Vietnam di Jerman.

Ia akan diadakan dengan kerjasama Majlis Perniagaan EU-ASEAN yang berpangkalan di Singapura, Institut Perdagangan Dunia (WTI), Dewan Perniagaan dan Industri Frankfurt dan Majlis Perniagaan Jerman Asia Pasifik.

“Saya berharap AIF akan dijadikan sebagai acara tahunan,” katanya.

Siva berkata MIDA Frankfurt juga akan mengadakan seminar pelaburan bagi perusahaan kecil dan sederhana Jerman dengan kerjasama German SME Association dan beberapa buah bank.

Acara lain yang dalam perancangan termasuklah pameran kerjaya untuk menghubungkan syarikat Jerman yang beroperasi di Malaysia dengan calon yang berpotensi daripada kumpulan pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian kejuruteraan di institusi pengajian tinggi Jerman.

Kira-kira 900 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian tinggi di pelbagai institut dan universiti teknikal Jerman.

MIDA Frankfurt turut merancang untuk mengadakan seminar mengenai industri berteknologi tinggi dengan kerjasama European School of Management and Technology, dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan K-Pintar, syarikat sumber manusia Malaysia. – BERNAMA

Kategori