Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Utusan Diperintah Bayar Ganti...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M)...

Padah Potong Bumbung Kereta...

BEIJING - Akibat terlalu kreatif, seorang lelaki didenda kerana memotong bumbung keretanya untuk...

Tip Urus Diabetes Anda...

KUALA LUMPUR - Anda telah diberitahu oleh doktor bahawa anda menghidap diabetes. Ia amat...

Komuniti Afrika Barat Di...

NEW YORK – Komuniti Afrika Barat di bandar raya ini mengadu bahawa anak...

Model Sudah Penat Berjuang, Serah Diri Pada Takdir

DULU Lisa Brown merupakan seorang model, namun dalam masa tiga tahun, berat badannya telah menurun kepada hanya 34kg sahaja, iaitu separuh daripada berat asalnya disebabkan oleh sejenis penyakit.

Lisa, 34, menghidap superior mesenteric artery (SMAS) iaitu sindrom di mana dia mengalami masalah pencernaan dan tidak dapat menambah berat badan.

Selepas tiga tahun menanggung penderitaan, Lisa kini hanya menyerah kepada takdir.

Dia yang berasal dari Wisconsin dan bekerja sebagai model serta telah berkahwin itu akan muntah setiap kali makan dan mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian badan.

Keadaan ini menyebabkan Lisa terpaksa menggunakan tiub selama 16 jam sehari untuk membolehkan dia mendapatkan zat makanan yang mencukupi.

“Penyakit ini telah merampas segala-galanya,’’ kata Lisa.

Enam bulan lalu dia dimaklumkan oleh hospital untuk menjalani pembedahan pemindahan usus namun kos dianggarkan sebanyak RM4 juta.


Pihak insurans pula enggan menanggung kos terbabit.

“Ia adalah peluang terakhir saya tetapi tidak berlaku. Ia terlalu mahu untuk kami menanggungnya.

“Saya sudah berjuang dan kini sudah tiba masanya untuk saya pergi,’’ kata Lisa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori