Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Caj Tinggi Petrol: Hamzah...

SEPANG - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin...

Nik Abduh Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR - Tahniah kepada seluruh jentera PAS, UMNO, MIC dan MCA serta...

SPR Siap Sedia Hadapi...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah siap sedia untuk mengendalikan proses penamaan...

Peluang Generasi Baharu Felda...

KUALA LUMPUR - Generasi baharu Felda kini berpeluang memiliki rumah mampu milik pada...

Mulakan Tahun Baharu Dengan Pemikiran Lebih Segar

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengajak rakyat Malaysia untuk memulakan tahun 2017 dengan membuka lembaran pemikiran yang lebih segar.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ia bagi menjadikan masyarakat lebih kental, gigih dan bersemangat waja dalam mengharungi apa jua cabaran, demi membawa Malaysia ke arah negara yang lebih cemerlang.

“Semangat itu juga akan menjadikan kita, warga yang mahu mengekalkan keharmonian dengan perasaan saling menyayangi dan menghargai keamanan serta perpaduan dalam kalangan kita, sekali gus mengekalkan imej Malaysia sebagai negara contoh dan disegani di seluruh pelosok dunia,” katanya.

Menurutnya gagasan kesinambungan daripada Wawasan 2020, iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50), memperlihatkan keseriusan dan komitmen Kerajaan menyediakan generasi baharu yang berjaya dalam tempoh 30 tahun akan datang.


Nancy berkata TN50 bakal memeta hala tuju negara berteraskan suara rakyat dan akan digerakkan generasi muda pelbagai bangsa melalui wacana nasional yang diputuskan Kabinet.

“Saya berasa amat bangga dan teruja dengan gagasan TN50 kerana ia bakal membawa pembaharuan dari akar umbi terutama sekali generasi muda yang akan memiliki negara ini suatu hari ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori