Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

2 Rakan Menyamar Polis...

KUALA LUMPUR – Dua rakan yang menyamar sebagai anggota polis, masing-masing dijatuhi hukuman...

Harith Iskander Wakil Malaysia...

PELAWAK dan pengacara, Harith Iskander bakal berentap dengan 89 calon lain dari seluruh...

Agong Zahir Ucapan Tahniah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

Percayakah Anda Wanita Ini...

LOS ANGELES – Percayakan anda jika dikatakan bahawa wanita ini, Sarah Stage sedang...

Musnah 430,000 Unggas Akibat Selsema Burung

SOFIA – Bulgaria memusnahkan kira-kira 430,000 unggas sejak pertengahan Disember lalu susulan penularan sejenis wabak selsema burung dikesan merebak ke 55 ladang di negara itu, kata Menteri Pertanian Dessislava Taneva, hari ini.

Negara Balkan itu turut merekodkan empat kes selsema burung dalam ternakan itik liar.

Ketika ini, Bulgaria sudah melaksanakan sekatan pasaran unggas dan pemburuan burung dengan membelanjakan lebih AS$543,714 (RM2.42 juta) bagi membunuh unggas dalam percubaan mengekang wabak itu.

“Di Bulgaria, kami biasanya mengesan selsema burung di kalangan burung liar sejak beberapa tahun lalu.

“Ini adalah kali pertama terlalu banyak ladang dijangkiti,” kata Taneva kepada radio Darik.

Katanya, wilayah Plovdiv, di selatan negara itu adalah paling teruk terjejas akibat virus H5N8, memaklumkan kira-kira 300,000 unggas sebahagian besarnya itik dimusnahkan dan baki 130,000 lagi dimusnahkan hari ini.


Pihak berkuasa juga sudah menguatkuasakan zon kuarantin di ladang yang terjejas.

Taneva berkata, lebih 800 kes jangkitan selsema burung dikesan di Eropah sejak Oktober lalu dengan Jerman dan Perancis paling teruk terjejas. – Reuters/BH ONLINE

Kategori