Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Belasah Lagi Timor...

KUALA LUMPUR – Malaysia mudah melepasi aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022-Piala...

Rosakkan Kipas, Kerusi, Tandas...

NIBONG TEBAL: Pihak sekolah sudah memanggil sekumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme...

Fazura Memang Tidak Mahu...

KECOH majlis dengan teriakan peminat apabila hero drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah...

Kerajaan Tidak Buat Promosi...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Kecekapan Agensi Kerajaan Urus Mangsa Banjir Dipuji

PASIR MAS – Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) Datuk Seri Mustapa Mohamed memuji tindakan cekap pelbagai agensi kerajaan berkaitan dalam menguruskan perpindahan dan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Beliau turut berpuas hati dengan keperluan yang disediakan untuk mangsa banjir di pusat pemindahan termasuk dari aspek kesihatan.

Mustapa yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau beberapa kawasan yang dilanda banjir di sekitar Rantau Panjang di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azmi Osman.


Mustapa berkata keadaan banjir di kawasan Hulu Kelantan mulai pulih, namun pada masa yang sama kawasan hilir dijangka mengalami banjir.

“Jadi saya nasihatkan penduduk supaya mengikuti setiap arahan yang dikeluarkan oleh agensi keselamatan dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori