Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

4,000 Hadiri Sambutan Selamat...

PALEMBANG - Lebih 4,000 atlet, pegawai dan jemputan menyertai upacara Malam Selamat Datang...

Hope Solo Dakwa Jadi...

BINTANG bola sepak Amerika Syarikat (AS) Hope Solo mendakwa bekas Presiden FIFA Sepp...

Rap Aiman Tino Dikritik,...

RASANYA nama Aiman Tino tidak perlu diperkenalkan lagi apabila cubaan pertama menerusi lagu...

Bapa Rogol, Rakam Video...

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa yang tergamak merogol anaknya sendiri akhirnya mendapat pembalasan...

Myanmar Persis Zionis-Israel ASEAN

TINDAKAN kerajaan Myanmar yang masih enggan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan terus ke golongan yang tertindas di Rakhine Myanmar menunjukkan sikap keangkuhan Myanmar.

Mengapa sekadar menghantar bantuan ke Sittwe?

Mengapa tidak memberikan laluan terus ke kampung-kampung yang dimusnahkan dan kepada masyarakat tidak ada tempat berteduh yang diselaputi dengan kebuluran dan ketakutan.

Apakah jaminan bantuan ini akan sampai ke pangkuan Rohingya?

Hakikatnya keangkuhan Myanmar selari dengan keangkuhan rejim Zionis Israel selama ini.

Zionis Israel menjadikan umat Palestin menjadi pelarian ke Lubnan, Jordan dan memenjarakan mereka di Tebing Barat manakala Myanmar pula memaksa Rohingya menjadi pelarian ke Bangladesh, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Ingatkah kita kepada Sabra dan Shatilla? Ingatkah kita kepada Gaza yang dimusnahkan beberapa kali oleh rejim Zionis?

Apakah bezanya dengan pemusnahan ribuan kampung-kampung Rohingya yang dibakar yang jelas dipapar satelit?

Apakah bezanya pembunuhan terhadap Palestin oleh Zionis dengan pembunuhan terhadap Rohingya oleh Myanmar?


Kedua-duanya dilakukan oleh tentera, kedua-duanya di sokong oleh golongan ektremis Yahudi dan ekstremis Buddha Myanmar.

Kedua-duanya memusuhi umat Islam. Kedua-dua nya adalah STATE TERRORISM.

Malah Myanmar dan Israel mempunyai hubungan diplomatik dan ketenteraan yang akrab.

Mungkinkah Israel yang menjadi penasihat kepada Myanmar tentang bagaimana menghapuskan umat Rohingya?

Maka sememangnya Myanmar layak digelarkan sebagai Isreal ASEAN, dengan mengambil kira perangainya yang selari dengan Zionis Israel.

Dr. Helmi Ibrahim
Pengarah, ASEAN ROHINGYA CENTER (ARC)

Kategori