Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Individu Tercicir Nama, Boleh...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN),...

Comelnya… Aliff Dan Bella...

ALAHAI comelnya awak sayang... Akhirnya, buat pertama kali penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz...

Sultan Johor Terima Menghadap...

JOHOR BAHRU : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan ke...

Anifah Lawat Vietnam, Pengerusi...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman melakukan lawatan rasmi ke Vietnam bermula hari...

Nahas Duke: Anak Mangsa Pernah Tinggal Dengan Nenek

KUALA LUMPUR – Nenek dua kanak-kanak yang kematian ibu bapa mereka dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada Mei 2015 memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa beliau pernah menjaga dua cucunya itu selama 13 hari.

Wirda Syamsuddin, 54, nenek Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 9, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 5, berkata tempoh itu adalah yang paling lama semasa anak perempuan dan menantu lelakinya iaitu Nova Safitri Azhari dan Fairuz Nizam Husain menunaikan umrah.

“Anak dan menantu saya pergi menunaikan umrah pada Februari 2014, lebih kurang 13 hari,” katanya sambil memberitahu bahawa kali pertama beliau menjaga kedua-dua cucunya ialah pada awal 2014 iaitu ketika mangsa mempunyai tugasan di Teluk Intan, Perak.

Wirda, yang merupakan defendan dalam kes itu, berkata demikian ketika disoal balas peguam syarie Mahyuddin Md Zahari yang mewakili ibu saudara kanak-kanak itu Yusnidah Husain, 49, selaku plaintif dalam perbicaraan hak penjagaan kekal (hadanah) ke atas Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila.

Wirda, yang diwakili peguam syarie Yusfa Hanis Yusoff, berkata mereka sekeluarga termasuk arwah anak dan menantunya serta Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila juga pernah meluangkan masa bercuti dan menyambut Aidilfitri bersama-sama di Indonesia pada 2013 dan 2014.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa sehari selepas kemalangan maut itu, beliau dan ibu plaintif berbincang berhubung penjagaan kedua-dua cucunya itu.

Wirda berkata bagaimanapun, semasa menunaikan umrah pada 15 Mei 2015, beliau mengetahui bahawa Yusnidah mendapat hak penjagaan sementara ke atas kedua-dua cucunya.


Ketika menjawab soalan sama ada beliau pernah bertanya kepada kedua-dua cucunya sama ada mereka mahu tinggal bersamanya, Wirda menjawab:”Tidak”.

Yusnidah memfailkan permohonan hadanah pada 2 Jun 2015 mengikut Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan menamakan Wirda sebagai defendan.

Pada 11 Ogos 2015, mahkamah memberi hak penjagaan sementara dua kanak-kanak itu kepada Yusnidah.

Dalam kejadian pada 2 Mei 2015, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan, maut dalam nahas jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves dekat sini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab bersambung pada 20 dan 28 Feb ini. – BERNAMA

Kategori