Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“Saya Tidak Perlukan Proksi...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

Vida Pertahan Diri Isu...

TINDAKAN pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida asyik 'mandi' duit dan barang berlian...

Bukti Komplot Gulingkan Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Bukti daripada polis Thailand boleh dianggap penting dalam siasatan oleh...

GAMBAR: Kerana Seks, Cincin...

GARA-GARA ingin zakar 'gagah perkasa', seorang lelaki terpaksa menahan derita kesakitan berjam-jam lamanya sambil...

Najib Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Serdang

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut ke Hospital Serdang di sini bagi melihat sendiri persekitaran serta keselesaan di hospital itu yang dibina pada tahun 2005.

Beliau yang diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah melawat wad kecemasan, wad bersalin dan wad biasa.

Najib yang tiba pada kira-kira 5.30 petang, meluangkan kira-kira satu jam melawat hospital itu dan beramah mesra dengan pesakit serta keluarga dan mendapat penerangan daripada Pengarah Hospital Serdang, Dr. Rohana Johan.

PM2

PM3

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan tinjauan itu, perdana menteri berkata: “Sebagai sebuah kerajaan, kita sentiasa menekankan bagaimana memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik lagi dari semasa ke semasa.

“Saya melawat Hospital Serdang hari ini untuk meninjau keadaan kerana saya difahamkan hospital ini mempunyai bilangan pelawat dan pesakit yang ramai setiap tahun sehingga keadaan sesak.”

Najib bagaimanapun berkata beliau tetap bangga dengan tahap komitmen yang ditunjukkan oleh pentadbiran hospital, kakitangan, doktor dan jururawat bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk pesakit dengan mengurangkan masa menunggu.


“Kos perkhidmatan yang kita berikan ini adalah sangat rendah, umpamanya wad bersalin dikenakan bayaran RM50 untuk setiap bayi dan saya difahamkan wad ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan para pesakit.

“Wad Kelas ketiga mengenakan (caj) RM3 sehari. Ini adalah antara bayaran terendah di dunia. Ini bermakna kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bermutu dan berkualiti dengan harga yang sangat minimum,” katanya.

Najib juga mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk meneliti keperluan tambahan hospital seperti ambulans, tilam, katil dan kerusi, yang agak terhad dengan serta-merta.

“Saya minta Kementerian Kesihatan menjalankan tindakan susulan dengan segera supaya keperluan ini dapat dipenuhi dalam masa terdekat agar dapat memberikan keselesaan kepada pesakit dan pelawat,” katanya.

Ditanya mengenai dana, Najib berkata: “Ia tidak memerlukan belanja yang besar sangat.” – BERNAMA

Kategori