KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Mesyuarat yang bermula 3.15 petang itu adalah yang pertama diadakan tahun ini.
Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas timbalan presiden, Naib Presiden Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ketua-ketua sayap. – BERNAMA