Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pembeli Rumah PR1MA Boleh...

PETALING JAYA : Pembeli rumah melalui Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) boleh mendapatkan pembiayaan...

KPDNKK Sarawak Kutip Kompaun...

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mencatat kutipan kompaun...

Rafidah Cuba Cetus Tsunami...

UNDI calon untuk pastikan kerajaan sedia ada ditukar. Itu inti ucapan bekas Menteri Perdagangan...

4,087 Kes Baharu, 29...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh...

“Nampak Asap Hitam Dari Asrama” – Pelajar Pondok

KUANTAN – “Saya nampak asap hitam dari tingkat atas asrama sebelum sedar ada api. Saya segera berlari dari tandas ke masjid. Keadaan agak kelam-kabut tapi ustaz tenangkan kami dan halang kami daripada pergi ke asrama”.

Itu kata pelajar Pusat Pendidikan Islam An-Nuur Mohd Rizal Mohd Fadli, 15, saksi awal kebakaran asrama dua tingkat yang menempatkan 103 pelajar lelaki di Jalan Pantai Sepat-Kampung Kuala Penor di sini pada pukul 7.45 malam semalam.

Mohd Rizal menambah semasa kejadian, beliau agak lewat menghadiri kuliah di masjid kerana baharu selesai membersihkan tandas bersama-sama empat rakan pada sesi gotong-royong petang itu.

Beliau yang telah tiga tahun belajar di situ menambah, masih tidak tahu jika barang peribadinya selamat memandangkan mereka masih tidak dibenarkan memasuki asrama atas faktor keselamatan.

Seorang lagi pelajar Muhammad Hakimi Wan Khairul Asri, 17, yakin semua barangannya seperti pakaian, kitab dan duit musnah memandangkan katilnya terletak di tingkat atas bangunan itu, yang musnah keseluruhannya dalam kebakaran itu.

“Memang tinggal sehelai sepinggang. Semalam pun kami tidur di masjid. Ayah ada datang bertanyakan jika saya mahu balik, tapi ustaz cadangkan supaya kami tinggal di sini sehingga semua urusan selesai jadi ayah datang semula membawa baju,” katanya.

Sementara itu, pengetua pusat pendidikan itu Fadhli Ibrahim berkata kebakaran itu adalah kejadian kedua selepas kejadian pertama pada tahun 2006 yang juga melibatkan asrama pelajar.

Katanya, setakat ini mereka menganggarkan jumlah kerugian adalah sebanyak RM400,000 iaitu kos pembinaan asrama yang dibina lima tahun lalu bagi menempatkan 60 pelajar di bahagian atas, manakala 43 lagi pelajar tidur di bahagian bawah.

“Kerugian tidak termasuk kos pembelian katil, tilam, almari yang perlu diganti semula. Semua barangan ini dibeli menggunakan yuran kemasukan kali pertama pelajar dan sudah pasti kami tidak boleh meminta mereka membayar kali kedua.


“Banyak juga kitab-kitab yang terbakar. Kebanyakannya adalah kitab baharu yang dibeli minggu lalu untuk diagihkan kepada 50 pelajar baharu dan pelajar tahfiz,” katanya.

Fadhli menambah pihak sekolah membuat keputusan tidak membenarkan pelajar balik ke rumah kerana mahu menyelesaikan siasatan dan urusan dokumentasi selain bimbang pelajar yang trauma mungkin keberatan untuk kembali ke pusat pendidikan itu.

“Ada pelajar yang menangis…kami mahu emosi mereka stabil sebelum pulang ke rumah dan kami akan berusaha untuk bantu pulihkan semangat anak-anak ini,” katanya dan menambah perkara itu telah dimaklumkan kepada ibu bapa pelajar.

Fadhli berkata pihaknya juga telah memulakan tabung bantuan kewangan untuk membaiki infrastruktur yang rosak dalam kebakaran itu, dengan menyumbang ke akuan pusat pendidikan itu di akaun Maybank 556011018085 atau menghubungi pengasasnya Mokhtar Senik di talian 019-9532456.

Sementara itu, tinjauan ke pusat pendidikan itu yang juga dikenali sebagai Pondok An-Nuur mendapati beberapa badan bukan kerajaan dan individu perseorangan mula menghantar bantuan seperti selimut, air mineral dan pakaian.

Turut berkumpul ialah ibu bapa pelajar yang menghantar keperluan harian dan cuba mendapatkan maklumat daripada tenaga pengajar pusat berkenaan, yang turut mempunyai 47 pelajar perempuan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata mereka masih menyiasat punca kebakaran dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh dua jam selepas tiba di lokasi kejadian pada pukul 8.30 malam. – BERNAMA

Kategori