Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Snek Kentang Mencanak...

EKORAN kekurangan bekalan kentang di Jepun, harga sebungkus keropok ubi di negara matahari terbit...

Penjawat Awam Diserang

SINGAPURA- Seorang penjawat awam wanita telah diserang pada 6 Nov oleh seorang lelaki...

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 134 orang daripada 34...

Gelaran ‘Datuk Seri’ Dikecam,...

SUDAH menjadi lumrah apabila bergelar 'public figure' maka segala percakapan dan perbuatan pasti...

Kesibukan Buat Nana Jarang Jumpa Anak Tunggalnya

SEMENJAK menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua, rezeki penyanyi Siti Nordiana nampaknya semakin bertambah apabila menerima banyak tawaran dalam kerjaya seninya.

Dek kerana itu, Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana menjadi terlalu sibuk hingga menyebabkan dia jarang bertemu dengan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 9.

Sehinggakan persiapan persekolahan anaknya juga terpaksa dibantu oleh abangnya.

Menurut Nana, dia hanya dapat berjumpa dengan Rayyan beberapa kali dalam sebulan.

Kesibukan Buat Nana Jarang Jumpa Anak Tunggalnya

“Saya memang rindukan Rayyan dan syukur saya sudah terangkan kepadanya mengenai jadual kerja saya. Rayyan faham ibunya bekerja untuk menampung kami berdua, yang membuatkan saya lebih terharu.

“Saya bangga dengan Rayyan dan dia anak yang tidak banyak kerenah. Dia tahu saya keluar mencari rezeki dan saya adalah segala-galanya untuk dia, begitu dia pada saya sejak (bekas) suami meninggal dunia.


“Apabila saya sibuk, saya akan terangkan kepada dia apa yang saya lakukan dan dia faham. Kalau dia cuti, memang saya akan bawa dirinya bersama-sama ke mana saya pergi,” katanya kepada BH Online.

Meskipun sibuk dan tidak berkesempatan bertemu dengan anaknya, Nana memberitahu, dia tetap menghubungi dan membuat panggilan video dengan Rayyan.

Dalam perkembangan lain, Nana sedang merancang untuk menghasilkan album solonya.

Rayyan merupakan anak tunggal Nana bersama arwah pelakon Faizal Yusof. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • nana

Kategori