Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sofi Jikan Muhasabah Diri...

PELAKON popular, Sofi Jikan memilih untuk bermuhasabah diri selepas terpalit dengan beberapa kontroversi...

N.Sembilan Laksana Program Pemutihan...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan sedang melaksanakan program pemutihan terhadap tanah milik kerajaan...

Pendapatan Eksport Sawit Cecah...

TELUK INTAN - Pendapatan daripada eskport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia...

Trump Gambarkan Clinton Sebagai...

WASHINGTON - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sanggup mengeluarkan iklan yang...

Netizen Kutuk King Coco Kahwin Suami Orang

INSTAFAMOUS yang popular gara-gara pelat mat sallehnya, King Coco telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Azrin Anas, Ahad lalu.

coco1-1

BACA: Coco Gadis Pelat Mat Saleh Dah Kahwin

Meskipun sudah beberapa hari berlalu, kisah perkahwinan King Coco masih lagi menjadi trending dan topik hangat di media sosial.

Semuanya gara-gara netizen tidak berpuas hati dan marah apabila mengetahui wanita berusia 19 tahun ini berkahwin dengan suami orang.

Ditambah pula, perasaan simpati netizen apabila mengetahui isteri pertama Azrin kini dilaporkan sedang hamil.

 

15822826_10155103491375827_519827945006086945_n

Bukan sahaja dikecam hebat selepas perkahwinan itu, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail turut dilabelkan sebagai ‘wanita perampas’.

BACA: Netizen ‘Ejek’ Accent Mat Saleh Minah Koko

Pendek kata, perkahwinan yang biasanya disertai dengan ucapan yang baik-baik dari orang ramai namun berbeza pula dengan apa yang diterima oleh pasangan ini.

“Kesiannya wife dia yang sedang pregnant tu. Sepatutnya kau bagi la kasih sayang sepenuhnya pada wife yangg pregnant anak kau tu! Ni kau sakitkan hati dia. Memang la kau mampu tapi fikirlah perasaan wife kau!,” tulisnya Mohd Saiful Azlan.

“Tahniahlah. Moga ko tak selamat hidup rampas laki orang. Kau tak fikir ke anak dalam perut mak dia macam mana?,” tulis Orizwana Zulhaimi.


“Inila namanya bahagia di atas penderitaan orang lain,” tulis Sally Gotha.

3bcd6a9b00000578-0-image-m-5_1483436163909

Peliknya, rata-rata yang memberi komen bukanlah datang dari pihak keluarga atau kenalan isteri pertama sebaliknya hanyalah netizen yang langsung tiada kena mengena dengannya.

Malah, Coco menerusi akhbar Harian Metro turut mendakwa isteri pertama suaminya menerima dirinya sebagai madunya.

“Saya dan suami sudah selamat bernikah manakala isteri pertama suami menerima saya sebagai madunya,” katanya.

Oleh itu, apa lagi yang dimahukan netizen? Dalam agama Islam sendiri membenarkan seorang lelaki berkahwin lain sekiranya dia mampu.

Mungkin sudah masanya kita berhenti mengecam insan bernama Coco ini. Biarlah dia bahagia bersama kehidupan baharu yang telah dipilihnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori