NAMPAKNYA tak habis-habis lagi orang ramai memperkatakan mengenai gadis pelat Mat Saleh, King Coco di laman sosial.
Apa sahaja yang dilakukannya pasti mendapat perhatian daripada para netizen yang cukup terhibur dengan aksi selamba Coco dengan percakapan ala slangnya itu.
Terbaharu, Coco ada memuat naik sebuah video mengatakan dia tidak mempunyai mana-mana akaun laman sosial kecuali Instagram rasminya, K1ngcoco_1.
Susulan video itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Harvinth Skin menerusi akaun sosialnya ada menghasilkan sebuah video parodi, menunjukkan reaksi spontannya dengan video terbaharu Coco itu.
Netizen mengakui terhibur dengan video Harvinth yang diedit cukup sempurna bagi menghasilkan satu masterpiece terbaharu bagi ‘membahan’ gadis berusia 19 tahun itu. – MYNEWSHUB.CC