Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Mata Saya Kurang Sihat”...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan mata beliau kurang sihat...

Mungkin Beberapa Bulan Lagi,...

Dalam beberapa bulan lagi... Sanusi akan berpeluh nak mempertahankan Kedah dalam pilihan raya...

Musa Aman Sah Berada...

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang dikehendaki polis berhubung laporan...

DAP Pimpin Malaysia Secara...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang...

Niat Baik Nak Mengadu Tapi Lain Pula Jadinya

Sudahlah nyaris termakan ulat, diri pula diancam. Itu yang berlaku kepada seorang remaja apabila niatnya mengadu mengenai hidangan ‘tambahan’ yang jijik kepada pemilik restoran akhirnya dia pula menerima ancaman.

Dalam kejadian Rabu lalu, pelajar lelaki berusia 18 tahun itu ke sebuah restoran di Bandar Saujana Putra, Banting, Selangor untuk menikmati makanan kira-kira pukul 2.30 petang.

Namun, seleranya ‘terbantut’ apabila menemui seekor ulat yang agak besar berwarna kuning keemasan dalam pinggan makanannya itu.

“Saya makan nasi dan ayam goreng kicap dan selepas koyak isi ayam, saya dapati ada seeokor ulat besar warna kuning keemasan,” katanya.

Niat Nak Mengadu Tetapi Lain Jadinya

Mangsa kemudiannya memanggil pekerja restoran untuk melihat sendiri serangga di dalam makanannya dan mahu berjumpa dengan pemilik kedai tersebut.

Namun, seorang lelaki yang berusia 40-an mendakwa dia adalah individu yang menjaga restoran tersebut dan aduan mangsa tidak mendapat sebarang respon.

“Lelaki tersebut telah mengambil gambar kenderaan dan muka saya,” katanya yang terus meninggalkan restoran tersebut tanpa menjamah makanan yang sudah tercemar.

Bimbang dengan keselamatannya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra Perdana pada hari kejadian.


Niat Nak Mengadu Tetapi Lain Jadinya

Kejadian tersebut dikongsikan netizen Peter Sachin menerusi akaun Facebooknya yang menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati apabila menikmati makanan di restoran bagi memastikan ia selamat dimakan.

Peter juga mahu kejadian ini mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Perkongsian Peter ini mendapat perhatian netizen dan berpendapat pengusaha restoran perlulah memastikan kebersihan makanan supaya kejadian sama tidak berulang lagi.

Ada juga yang mahukan pengusaha restoran untuk menjadikan isu kebersihan seiring dengan harga makanan yang dinaikkan mengikut perkembangan semasa.

“Harga makan naik tapi kebersihan tak jamin,” tulis Apple Rose.- MYNEWSHUB.CC

Kategori