Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pergerakan Antara Zon Di...

KUALA LUMPUR - Pergerakan perjalanan antara zon kuning/merah dan zon hijau di Sarawak,...

RUU Mansuh Hukuman Mati...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dijangka dibentang pada...

Berkas Suspek Tembakan Di...

SHAH ALAM - Kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas suspek kes tembak di...

YKN Perlukan Kerjasama Pelbagai...

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Lepas Bisnes Tudung, Nora Danish Bergelar Penyanyi Pula

SEDEKAD berkecimpung dalam industri hiburan tempatan, kini pelakon Nora Danish mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang nyanyian pula.

Menerusi portal BH Online, pelakon Benci vs Cinta ini bergandingan dengan penyanyi rap Waris mempertaruhkan single berjudul Ini Lagi Boom.

Single sulung Nora bersama Waris merupakan kolaborasi dua buah syarikat tempatan iaitu KRU dan Mixology Music dalam menambahkan rencah dan kelainan dalam industri seni tempatan.

Nora Danish Kembang Sayap Ke Bidang Nyanyian

Namun Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim, berkata muzik sentiasa perlu tampil dengan idea segar.

“Kami berharap kerjasama seperti ini dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia yang kini makin progresif,” katanya kepada BH Online.


Manakala menurut DJ Fuzz pula selaku peneraju Mixology Music memberitahu, lagu yang dihasilkan olehnya bersama Waris dan Aziquebeats itu bakal memenuhi kehendak penggemar muzik tempatan.

Apapun bagi peminat Nora khususnya, pasti tidak sabar ingin mendengar penyanyi kesayangan mereka menyanyi, pasti sedap suara Nora ni. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

Kategori