Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wang Kertas New Zaeland...

WANG kertas NZ$5 (RM13.52) dinobat sebagai pemenang anugerah Bank Note of the Year 2015, pada Selasa.Pemilihan...

Tengku Amir Shah Dimasyhur...

SHAH ALAM - Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj akan...

Kerajaan Digesa Tubuh RCI...

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat skandal pembelian...

Yang Di-Pertuan Agong Menerima...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Operasi Loji Rawatan Air Sungai Langat Pulih Malam Tadi

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air Sungai Langat beroperasi semula 11.30 malam tadi selepas bekalan air terawatnya terjejas Ahad lepas akibat kekeruhan air Sungai Langat.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kebanyakan kawasan yang mengalami gangguan bekalan air telah menerima bekalan seperti biasa kecuali premis di kawasan tinggi dan di hujung sistem agihan.

“Bekalan air ke kawasan-kawasan di Kuala Lumpur dan Hulu Langat sedang pulih secara berperingkat,” menurut kenyataan itu.

Menurut Syabas, segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terlibat.

Pengguna yang memerlukan bekalan air boleh menghantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker<jarak<Nama&Alamat).


Mereka juga dinasihat menggunakan air secara berhemat semasa pemulihan untuk mempercepatkan paras air kolam takungan di kawasan masing-masing mencapai paras optimum.

Maklumat terkini mengenai status pemulihan ini boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor”. – BERNAMA

Kategori