Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perubahan Jadual KTM Komuter...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan KTM Komuter akan beroperasi menggunakan jadual waktu baharu berkuat...

Hanya 4 Jualan Murah...

KUALA LUMPUR - Mulai 1 Januari tahun depan, peniaga hanya boleh mengadakan jualan...

Shah Rukh Terima Gelaran...

BINTANG Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan sekali lagi melakar sejarah apabila dikurniakan gelaran doktor...

Kerajaan Susun Semula Kawasan...

ALOR SETAR – Wujud keperluan untuk membangunkan kawasan perumahan nelayan secara lebih teratur...

Ophellia Moden Dan Obsesi Dengan IG

DALAM drama Hamlet, Shakepeare menulis kisah wanita malang yang mengemis cinta lelaki sampai ke tahap yang ungu. Akhirnya, kerana diabaikan Hamlet, Ophellia mati katak.

Ophellia jatuh ke sungai kerana kemalangan ketika ingin menggantung bunga di dahan pokok. Di bawahnya sungai. Sekali pun jatuh kerana kemalangan, namun kerana kebetulan sedang putus cinta – Ophellia membiarkan dirinya mati lemas.

Sejak itu, selama 400 tahun, watak Ophellia terus hidup dan menjadi imej sarkastik pada wanita yang mengejar cinta. Wanita yang melahar kasih-sayang hingga sanggup hidup terbiar dan menjadi subjek murahan.

Kini wanita seperti Ophellia, muncul dalam persekitaran baru. Namun, dinamisme yang sama. Soal dahagankan perhatian. Dengan wajah malang dan murahan, Ophellia moden boleh ditemui secara bersepah di Instagram (IG). Ophellia kini menjadi imej ikonik pada kegilaan wanita mencari perhatian murahan. Menggantung kisah dan imej peribadi di IG untuk tarikan perhatian@simpati.

Ophellia dan versi IG muncul dengan pelbagai kisah. Samada glamor atau malang; fantasi mahu pun realiti, sebenarnya hanya berkisar pada soal mahukan perhatian. Ophellia IG ialah wanita yang kurang zat dan gizi kasih-sayang. Atau, kalau pun sudah memiliki semuanya secara mencukupi – Ophellia IG tetap muncul kerana krisis psikologi.

Kenapa? Kerana mereka berDNA obses!

Obses Ophellia IG ialah kegilaan untuk melihat diri dipuja, dikejar dan digilai dalam fantasi tanpa batas yang diciptakan realiti IG. Justeru, tidak hairanlah – wanita ini menjaja segalanya untuk memenuhi tekanan obses. Ophellia IG tidak akan cukup dengan makanan cinta. Sekali pun dicintai seribu lelaki, Ophellia IG akan terus obses untuk menikmati kehidupan sebagai diva IG.

Obses IG dengan keupayaan mengumpulkan kekaguman ratusan ribu mahu pun jutaan pengikut – menjadikan Ophellia sanggup menjaja segalanya. Cuma, ia bukan lagi kisah sedih, tetapi kecantikkan dan glamornya. Wanita yang menderita sindrom cantik ini lebih tersiksa hidupnya berbanding Ophellia dalam kisah Hamlett.

Samada demi wang atau nafsu psikologi untuk popular, ia jelas terpancar pada foto-foto yang dipost. Ia gambaran kedahagaan pada perhatian. Malah, dalam kes tertentu – postnya sangat mengemis likes.


Selain krisis Ophellia dan obsesi diri, wanita IG juga terperangkap dengan krisis self centric atau ketamakkan tumpuan pada diri sendiri. Self centric ialah sikap yang cenderung pada kepentingan peribadi. Ophellia IG mahukan, segala kepusatan perhatian awam hanyalah pada diri sendiri. Ia seperti bayi yang menangis untuk mendapatkan perhatian.

Obsesi diri menjadikan, Ophellia IG berkongsi segalanya tanpa had, tanpa batas dan tanpa pedulikan persepsi awam. Samada pakaian, tata rias, aktiviti harian serta mimik seksi mencari tumpuan.

Likes yang diperolehi ialah likes simpati seperti kita menyaksikan detik kematian Ophellia dalam Hamlett.

Wanita Ophellia IG tidak pernah sedar, mereka badut katarsis yang menyedihkan.

Mereka Diva Desparado. Ophellia moden yang menyedihkan kerana krisis obses diri dan self centric. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori