Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelakon Khalid Salleh Meninggal...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penggiat seni teater, Khalid Salleh meninggal dunia selepas...

Pengganas Nuklear Amat Membimbangkan...

WASHINGTON - Ancaman pengganas nuklear yang mempunyai impak besar kepada keselamatan dunia menjadi...

Zul Ariffin Intim Dengan...

PELAKON Zul Ariffin mahu membiarkan 'masa' jawab segala persoalan mengenai perhubungannya dengan seorang gadis...

Itu Bukan Saya Tetapi...

PENYANYI kelahiran program Akademi Fantasia pada 2013 (AF 2013), Amira Othman menafikan dakwaan...

Orang Awam Kejar Penculik Bantu Selamatkan Wanita

TINDAKAN pantas sekumpulan orang awam berjaya mengagalkan cubaan menculik seorang wanita yang dipercayai anak kepada pemilik kilang langsir, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang, mangsa dilaporkan diculik oleh dua orang suspek yang menaiki van putih ketika mahu mengalihkan kereta di luar rumahnya di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Suspek turut meninggalkan nota dalam bahasa Mandarin memberitahu mangsa diculik dan meminta wang tebusan sebanyak RM5 juta di hadapan rumahnya.

Insiden itu menyebabkan mangsa yang berusia 20-an menjerit meminta tolong di dalam van hingga didengari orang awam.

Susulan itu, berlaku aksi kejar-mengejar apabila orang awam yang menggunakan motosikal dan kereta bertindak mengekori van tersebut.

Suspek yang berasa panik lantas mencampakkan mangsa keluar dari van berkenaan lalu melarikan diri.

Orang Awam Kejar Penculik Bantu Selamatkan Wanita

Bagaimanapun, usaha dua suspek melarikan diri gagal apabila terbabas dan melanggar sebatang pokok di Sungai Pelong, Sungai Buloh.

“Suspek memandu dengan cara berbahaya sehingga melanggar beberapa pengguna jalan raya lain. Suspek kemudian terbabas, lalu ditangkap orang awam dan diserahkan kepada pihak polis.”


“Kenderaan milik suspek terbakar, namun berjaya dipadamkan oleh pihak bomba,” kata satu sumber.

Orang Awam Kejar Penculik Bantu Selamatkan Wanita

Orang Awam Kejar Penculik Bantu Selamatkan Wanita

Kejadian itu turut menjadi viral di media sosial. Namun, dakwaan sesetengah netizen yang menyangka mangsa adalah murid sekolah adalah salah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad mengesahkan kes culik tersebut. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • culik

Kategori