Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Hilang RM7.9 Juta: 7...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengantung tugas tujuh pegawai dan...

Aiman Jadi Pelakon Bakal...

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. Selepas namanya dicatat...

Pelaburan Qatar Diintai Bagi...

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini menjelaskan bahawa...

Kembali Ke Rumah Selepas...

SIAPA sangka, kucing comel bernama Winston ini ditemui semula oleh tuannya selepas 15...

Pakatan Harapan Ambil Kesempatan Politik?

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) bersikap melampau kerana seolah-olah cuba meraih merit politik atas kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini.

Tanpa menghiraukan perasaan keluarga dan rakyat Sarawak yang sedang bersedih, Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan berbaur politik yang mendakwa kononnya Adenan mempunyai pandangan yang selari dengan pembangkang berhubung masa depan negeri itu selama ini.

“Beliau merupakan seorang tokoh federalisme yang mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963 serta berjuang untuk hak rakyat Sarawak termasuk autonomi fiskal melibatkan peningkatan royalti minyak 20 peratus.

“Malah kami berpendapat pandangan beliau mengenai Sarawak dan Sabah sering selari dengan Pakatan Harapan,” dakwa Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.


Ironinya, Adenan sewaktu masih hidup dihembur dengan pelbagai dakyah dan tohmahan oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan yang bersungguh-sungguh mahu merampas Sarawak daripada pentadbiran beliau.

Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Tan Sri Muhyidin Yassin yang kini menjadi sekutu Pakatan Harapan berkata, Adenan seorang pemimpin yang tegas, adil dan berjiwa rakyat.

Justeru, katanya, beliau dan Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan ke rumah Allahyarham di Santubong untuk menziarah jenazah serta mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. -MYNEWSHUB.CC

Kategori