KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) Perak menyeru kaum Cina yang pulang ke kampung masing-masing sempena Tahun Baru Cina kali ini menyampaikan mesej kepada saudara mara mereka supaya menumbangkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Naib Pengerusinya, Tan Seng Soh berkata, kaum Cina boleh menyampaikan mesej untuk menumbangkan parti politik terbesar kaum Melayu tersebut dan kerajaan BN sewaktu mereka berkumpul dan menziarahi antara satu sama lain.
“PAN Perak mengharapkan agar kita semua dapat berkumpul selain ziarah diantara satu sama lain bagi menyampaikan mesej perubahan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Seng Soh turut menyeru golongan muda yang belum mendaftar sebagai pemilih mengambil kesempatan untuk mendaftar sebagai pengundi sepanjang cuti sambutan Tahun Baru Cina kali ini.
Katanya, PAN Perak berharap bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini rakyat mengambil peluang untuk melakukan perubahan. – MYNEWSHUB.CC