Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Enam Kes Disyaki Cacar...

BANGKOK : Enam kes yang disyaki jangkitan cacar monyet di negara ini dilaporkan...

Agong, Raja Permaisuri Zahir...

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan...

Portugal Juara Sulung Liga...

PORTO - Portugal menambah gelaran Liga Negara-Negara yang julung kali diadakan kepada kegemilangan...

China Dan WTO: Kebangkitan...

CHINA pada masa kini semakin rancak dalam bidang ekonomi di Malaysia apabila membeli...

PAS Sertai Misi ‘Food Flotilla For Arakan’

KUALA LUMPUR – PAS akan menghantar delegasi untuk menyertai misi ‘Food Flotilla For Arakan’ yang akan bertolak ke Myanmar pada 3 Februari depan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata delegasi diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor itu akan bertolak dari Pelabuhan Klang yang mengambil masa enam hari pelayaran dan dijangka tiba di Myanmar pada 9 Februari.

Turut menyertai misi anjuran badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa itu ialah Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh; EXCO Dewan Muslimat PAS, Datuk Siti Asyah Ghazali; AJK PAS Pusat, Dr. Riduan Mohamad Nor dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Khalil Abdul Hadi.

Katanya, keputusan untuk menghantar delegasi itu dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan semalam, sebagai salah satu usaha kemanusiaan dan jihad murni, selain turut sama merasai penderitaan yang dialami etnik Rohingya di sana.

“PAS akan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Yayasan Amal Malaysia, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan semua badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa untuk menjayakan misi bersejarah ini.


Food Flotilla For Arakan ini sudah mendapat perhatian dunia serta membuka mata pelbagai pihak antarabangsa untuk bersama-sama berjuang, bukan saja menghantar bekalan makanan dan perubatan tetapi turut mendesak supaya kezaliman dan kekejaman ke atas etnik Rohingya segera dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BH Online

Kategori