Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

5 Remaja Lelaki Mengaku...

JOHOR BAHARU - Lima remaja lelaki termasuk seorang juvana mengaku tidak bersalah di...

Yingluck Akan Didakwa Atas...

BANGKOK - Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra akan didakwa atas tuduhan jenayah...

Mahathir Tak Mengaku Sebagai...

NAMA bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan francais kedai roti The...

Tarian Singa Turut Disertai...

KUALA NERUS - Demi minat, tiga pemuda berlainan bangsa, dua Melayu dan seorang...

Pasukan Siasatan Ditubuh Siasat Kes Letupan Bunga Api

SHAH ALAM – Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat insiden letupan bunga api yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran malam tadi.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata pihaknya akan menanggung kos rawatan mangsa yang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebagai pesakit luar.

Katanya mangsa telah dibenarkan pulang pagi ini.

“Kami juga akan membuat pemantauan susulan terhadap mangsa sehingga mereka sembuh sepenuhnya. MPK memohon maaf kepada mangsa dan pengunjung yang hadir ekoran kejadian di luar jangkaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kaitan: 10 Orang Melecur Terkena Letupan Bunga Api Di Klang

MPK merupakan penganjur Fiesta Gegar Klang 2016 itu yang berlangsung mulai 30 Disember sehingga hari ini.

Seramai 14 orang terdiri daripada empat kanak-kanak dan 10 dewasa melecur akibat terkena letupan bunga api itu.


Difahamkan bunga api tersebut meletup sebelum ia berada di udara.

Yasid berkata langkah keselamatan diutamakan sepanjang program itu yang dihadiri kira-kira 15,000 orang.

Beliau turut melawat mangsa di hospital sejurus kejadian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori