HASRAT perompak untuk merompak sebuah kedai seni terbantut apabila tindakan mereka disedari ‘seseorang’ lantas menyebabkan mereka bertempiaran lari kerana ketakutan.
Namun, rupa-rupanya ‘orang’ tersebut hanyalah merupakan patung seks kepunyaan tuan punyai kedai tersebut, Derrick Thompson.
Derrick beranggapan kewujudan patung seks miliknya yang diberi nama Shela Louise telah menyelamatkan kedainya dari dirompak.
Menurut Derrick, dia membeli Shela yang berketinggian enam kaki itu sebagai tarikan untuk menarik pengunjung ke kedai jualan lukisan miliknya yang terletak di West Sussex, United Kingdom.
Shela diletakkan di atas sebuah sofa di sudut kedainya dan sering kali ditukarkan pakaian mengikut citarasa Derrick. – MYNEWSHUB.CC