Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Berbuka Puasa...

KUANTAN - Air katira, sata, puding raja, murtabak dan pulut panggang antara juadah...

Video: Pasangan Gay Aceh...

VIDEO pasangan gay yang berjaya dicekup Jabatan Agama Islam Aceh, Indonesia baru-baru ini menjadi...

Tangani Gerakan Ekstremis Dengan...

KUALA PILAH - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku...

Isu Pulau Batu Puteh:...

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman individu terhadap kerajaan berhubung...

Pegang Foto Arwah Isteri, Pak Cik Ini Bikin Netizen Sebak

SEORANG ayah menimbulkan rasa sebak dan sayu ramai selepas gambarnya memegang sekeping gambar arwah isterinya pada majlis perkahwnan anaknya, tersebar menjadi tular di laman sosial.

Gambar itu menjadi tular sebaik sahaja dimuat naik jurugambar perkahwinan anaknya, Mohd. Hafizan.

Rata-rata netizen akui menitiskan air mata tatkala melihat gambar ini kerana tersentuh dengan kasih sayang lelaki ini terhadap isterinya.

Menerusi posting bergambar itu, Mohd Hafizan menyifatkan apa yang dilihatnya itu bagaikan aksi drama dan filem.

“Hari ini saya berpeluang merasai suatu perkara, perasaan yg sangat berbeza, pak cik ni sangat hebat.. Saya halakan kamera untuk ambil gambar, “nanti kejap”, katanya.

“Dia keluarkan sesuatu dari pouch begnya, berbungkus kemas di dalam plastik, dikeluarkannya satu gambar. Ye, apa yang selalu saya tengok dalam drama tv, filem-filem, terhidang depan mata.

“Gambar arwah isterinya yang telah pergi disemat kemas di dadanya. Rasa macam kecil aje diri ni bila dibandingkan dengan pakcik ni,” tulisnya.


Pegang Foto Arwah Isteri, Pak Cik Ini Bikin Netizen Sebak

Pada masa yang sama, Mohd Hafizan akui, tindakan pak cik bernama Omar mahu arwah isterinya ‘ada’ bersama-sama dalam gambar perkahwinan ini membuatkan dia ingin menitiskan air ketika itu namun ditahan demi tugas.

Sebaik sahaja dimuat naik malam tadi, gambar itu mendapat perkongsian netizen lebih dari 1,300 kali. – MYNEWSHUB.CC

Kategori