Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Nenek 102 Tahun Lakukan...

LANGHORNE CREEK, Australia - Seorang wanita warga emas berumur 102 tahun melompat keluar...

Seorang Maut, 9 Cedera...

SEREMBAN - Seorang wanita maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga...

Tun Dr. Mahahir Masih...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih dirawat di...

MRT-1 Beroperasi Sepenuhnya Minggu...

LALUAN Transit Aliran Massa (MRT-1), Sungai Buloh-Kajang (SBK) antara tiga jaringan rel bandar,...

Peguam Cuti Sakit, Bicara Kevin Morais Ditangguh Februari

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais hari ini ditangguhkan kepada 22 Februari berikutan peguam yang mewakili salah seorang tertuduh cuti sakit.

Peguam M. Manoharan memaklumkan demikian ketika prosiding perbicaraan hari ke-40 kes itu, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.

“Peguam Rajehgopal menghubungi saya pagi ini memaklumkan dia cuti sakit. Dia akan beri (sijil cuti sakit) pada tarikh perbicaraan akan datang. Beliau meminta maaf atas ketidakhadiran dan memohon (perbicaraan) ditangguhkan pada tarikh yang telah ditetapkan,” katanya.

Tiada bantahan daripada pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Rajehgopal mewakili tiga tertuduh iaitu M. Vishwanath, S. Nimalan, dan S. Ravi Chandaran manakala Manoharan mewakili R. Dinishwaran dan A.K. Thinesh Kumar, sementara Kolonel Dr R. Kunaseegaran diwakili peguam Datuk N. Sivananthan dan Datuk Geethan Ram Vincent.


Lima lelaki – Dinishwaran, 25; Thinesh Kumar, 24; Vishwanath, 27; Nimalan, 24; dan Ravi Chandaran, 46, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015, antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Dr Kunaseegaran, 54, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan lima lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama. – BERNAMA

Kategori