Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir, Hujan Lebat...

PETALING JAYA ā€“ Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat...

Mangsa Penipuan Cuba Bunuh...

SEBUAH video tular di laman sosial Wechat China memaparkan sekumpulan warga kota negara...

Sedar Kemungkinan Schumacher Tak...

Seluruh dunia tahu, akibat kecelakaan ketika bermain ski pada Disember 2013. pemandu lagenda...

Graduan Minta Gaji Tinggi...

KADAR pengangguran tinggi di kalangan graduan adalah disebabkan kurang penguasaan bahasa Inggeris selain...

Pekerja Warga India Mati Lemas Selepas Terjatuh Di Sg. Igan

SIBU – Seorang pekerja warganegara India yang terjatuh ke Sungai Igan di sini dari sebuah kapal tunda, awal pagi Jumaat lalu ditemui lemas oleh pasukan polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, mangsa dikenali sebagai Vikram Behara berusia 23 tahun dan mayatnya kini ditempatkan di Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Mangsa terjatuh ke dalam sungai semasa cuba menyeberang dari kapal dinaikinya ke sebuah tongkang. Dipercayai mangsa tidak tahu berenang,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi whatsApp hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


ACP Saiful berkata, polis menerima maklumat daripada seorang kapten kapal Tong Seng No.9 pada 30 Disember lalu mengenai seorang pekerjanya telah terjatuh ke dalam Sungai Igan.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mayat warga India itu ditemui kira-kira 9.55 pagi dan pada jarak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori