Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

‘Nama Saya Ialah Slamet...

MALANG (Indonesia) - Setiap kali tibanya sambutan Hari Krismas, seorang lelaki yang tinggal...

Idea ‘Dua Kerja’ Ahmad...

PETALING JAYA - Cadangan seorang timbalan menteri supaya rakyat Malaysia melakukan dua kerja...

Mahathir Tiba Di Bangkok...

BANGKOK – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Standard Madu Kelulut Siap...

PUTRAJAYA - Standard Madu Kelulut dijangka siap dibangunkan Jun tahun depan, kata Menteri...

Jadi ‘Lab Rat’, Pelajar Nyaris Maut Minum 300 Cawan Kopi

GARA-GARA tersalah sukatan kafein, dua pelajar universiti nyaris maut selepas dikatakan meminum 300 cawan kopi ketika melakukan eksperimen berkaitan sains kesihatan di sebuah universiti di Tyne, England, baru-baru ini.

Mirror.uk melaporkan Alex Rosseto dan Luke Parkin, kedua-duanya berusia 20 tahun itu sepatutnya diberikan 0.3 gram kafein tetapi sukatan yang salah telah diberikan iaitu 30 gram kafein, iaitu 100 kali ganda lebih daripada jumlah yang sepatutnya.

Kedua-dua pelajar tersebut nyaris maut kerana kesilapan yang berlaku ketika eksperimen dilakukan di Fakulti Sains Kesihatan di Universiti Northumbria.

Pendakwa Raya, Adam Farrer memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua pelajar yang menjalankan eksperiman tersebut secara sukarela atau menjadi tikus makmal (lab rat) itu boleh meninggal dunia akibat terlebih dos kafein yang secara puratanya setiap cawan kopi mengandungi 0.1 gram kafein.

Kedua-dua pelajar tersebut mengalami pening kepala, pandangan kabur dan degupan jantung yang pantas selepas meminum kopi tersebut.

Pelajar Nyaris Maut Minum 300 Cawan Kopi

Rossetto yang merupakan pelajar ijazah sarjana di universiti berkenaan mendapat rawatan selama enam hari di hospital dan turun berat badan sebanyak 12 kilogram (kg) serta kehilangan memori jangka pendek.

Sementara Parkin menerima rawatan dua hari di hospital dan kehilangan berat badan sebanyak 10 kg.


Kedua-duanyadilaporkan sudah kembali meneruskan pengajian.

Susulan kejadian itu, mahkamah memutuskan, pihak universiti dikenakan denda ÂŁ400,000 (RM2.2 juta), selain kos prosiding ÂŁ26,468 (RM145,000).

Pihak universiti juga mengakui melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan ketika melaksanakan uji kaji berkenaan.

Mahkamah juga dimaklumkan, universiti itu sebelum ini menggunakan pil kafein untuk ujikaji tetapi bertukar kepada serbuk kafein beberapa tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori