Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

SFC Rampas 561 Tiang...

KUCHING - Pegawai penguatkuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) dari Pejabat Wilayah Kuching hari...

Remaja Maut Kepala Tersangkut...

SEMPORNA: Seorang remaja lelaki maut selepas kepalanya putus akibat tersangkut pada enjin bot...

Penghantar Mengaku Tidak Salah...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Mansuh Elaun: Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan jenis elaun penjawat awam akan dihapuskan kerajaan menimbulkan...

Pelajar Politeknik Dikhuatiri Lemas Di Pantai Cherating

KUANTAN – Seorang pelajar sebuah politeknik di Shah Alam, Selangor dikhuatiri lemas ketika sedang mandi manda bersama-sama enam rakannya di Pantai Cherating Lama dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata pelajar lelaki berumur dalam lingkungan 20-an itu disedari hilang oleh rakannya pada 2.15 petang.

“Kita percaya kemungkinan mangsa tiba-tiba ditarik ombak sehingga mangsa lemas dan hilang,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Menurutnya pelajar itu dan rakan-rakannya sedang bercuti di sini.


Berikutan kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat yang disertai anggota polis, Jabatan Bomba dan Menyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam diadakan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dekat sini Mohd Kamarul Azman Hassan berkata operasi mencari dan menyelamat itu ditangguhkan 6.30 petang tadi dan akan disambung semula pagi esok. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori