Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penajaan Program Haji 1MDB...

KUALA NERUS – Penajaan Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang melibatkan lebih...

Hospital Singapura Mula Hidang...

SINGAPURA - Pesakit beragama Islam kini boleh memanfaatkan kemudahan lebih luas semasa mendapatkan...

China Tangguh Roboh masjid

PIHAK berkuasa di utara China menangguhkan pemusnahan masjid besar, semalam selepas ribuan penduduk...

Rampas 178 Kotak Mercun,...

Kota Bharu - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 178 kotak pelbagai...

Pelajar Sekolah Pula Ditahan Fitnah Kematian Adenan

KUCHING – Seorang lagi individu iaitu seorang pelajar sekolah menengah ditahan hari ini atas dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pelajar perempuan itu yang berumur 17 tahun yang menggunakan nama samaran di Facebook ‘Zera Zera’ ditahan oleh polis Mukah pada pukul 10.45 pagi.

“Kesnya sedang disiasat CID Bintulu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sehingga hari ini sebanyak 40 laporan dibuat di 12 daerah polis dengan siasatan sedang dijalankan ke atas tujuh laporan.


“Setakat ini lima individu telah ditahan oleh polis Sarawak kerana memuat naik kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Adenan,” katanya.

Adenan, 72, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat komplikasi jantung. – BERNAMA

Kategori