Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Anwar Tiba Di Istana...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai...

Buruh Didenda RM2,000 Halang...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menghalang polis dari melakukan pemeriksaan terhadap teman wanitanya, seorang...

Sultan Johor Haram Vape,...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan...

Fazura Bengang Tidur Dikejut...

Siapa tak 'angin' bila tengah sedap tidur tiba-tiba dikejutkan seorang individu hanya untuk...

Pelan Sistem Saliran & Perparitan Tersusun Sedang Dirangka

KUALA BERANG – Pelan sistem saliran dan perparitan lebih tersusun sedang dirangka bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan di Ajil tidak mengakibatkan banjir kilat, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil Ghazali Taib.

Beliau berkata langkah itu penting bagi mengelakkan kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan bandar Ajil pada Sabtu lepas tidak berulang.

“Ia berlaku akibat longkang yang ada tidak dapat menampung air hujan dan air yang mengalir dari Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ghazali yang juga pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri berkata kerajaan pusat dan kerajaan negeri diharap dapat memberi peruntukan khas bagi membina sistem saliran dan perparitan yang lebih tersusun.


Antara kawasan yang dilanda banjir kilat itu adalah kawasan PPRT Bukit Ara, taman perumahan Ajil Perdana dan Sekolah Kebangsaan Ajil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori