Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Program Jom Ziarah Gereja...

KLANG – Program Jom Ziarah Gereja di Gereja The Church of Our Lady...

KPDNKK Umum 16 Jenis...

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memasukkan beberapa lagi...

Drama Tan Sri Gila...

DRAMA Melayu memang sembab; macam sudah kemaruk idea hingga akhirnya, maruah bangsa pun...

Dulu Gambar, Ini Video...

Melalui artikel yang bertarikh 21 Oktober lepas, satu gambar tersebar luas mengenai kejadian...

Pelanggan Mengamuk Baling Telur Di Pejabat Digi

GARA-GARA tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Digi, seorang lelaki bertindak menyerang ibu pejabat syarikat telekomunikasi itu dengan membaling telur.

Amukan lelaki itu turut menyebabkan suasana di ibu pejabat Digi di Petaling Jaya, Selangor menjadi huru-hara seketika, semalam.

Insiden yang menjadi tular itu turut dirakam oleh rakan lelaki terbabit yang menemaninya ke ibu pejabat Digi.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan yang berpakaian kemas berkemeja mengamuk dengan membaling telur sambil bertanyakan mana pengurus.

Pada masa yang sama, pekerja Digi dilihat cuba menenangkannya namun lelaki itu tetap bertegas mahu bertemu dengan pengurus.

Menurut maklumat yang kami terima, lelaki bernama Mohd. Al Iman ini tidak berpuas hati apabila Digi menolak sejumlah wang yang agak besar dari kad kreditnya, walhal sepatutnya tiada penolakkan.


Malah, dia juga telah membuat aduan melalui surat waima e-mel dan Facebook selama setahun namun tidak pernah dilayan.

Dek kerana tidak tahan ditipu, Mohd. Al Iman bertindak mengamuk di ibu pejabat Digi.

Difahamkan, masalah Mohd. Al Iman kini telah selesai secara damai apabila pihak Digi bersetuju untuk berbincang dan mendengar masalah yang dialaminya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori