Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Mak Nyah Cantik Kena...

SEORANG mak nyah cantik, Barbie Ann Reilly, 23, ditemui mati dengan kesan berlumuran...

Kes Rasuah Sabah: 5...

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan pihaknya masih belum selesai mengira wang tunai dalam...

Perbezaan Pendapat Boleh Gugat...

KERAJAAN baharu Pakatan Harapan (PH) diketuai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang...

Tangguh Konsert, Janet Jackson...

BINTANG pop sensasi dunia, Janet Jackson, 49, menafikan sekeras-kerasnya berhubung dakwaan dia sedang...

Pemandu Lori Maut Nahas Di Jalan Beluran-Telupid

BELURAN – Seorang pemandu lori maut selepas lori dua tan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori lain di Kilometer 46 Jalan Beluran-Telupid berhampiran simpang Ladang KTH di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata mangsa, Latip Rashid, 58, dari Sandakan, maut di tempat kejadian apabila lori lapan tan dari arah Telupid hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandunya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Belurang dan sampel darah pemandu lori dari Kundasang yang berusia 44 tahun itu diambil untuk ujian alkohol.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 5.02 pagi.

Mereka mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit akibat pelanggaran itu. – BERNAMA

Kategori