Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pasang Niat Berkhidmat Kerana...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus...

Bakal Jadi Bapa, Nubhan...

PENYANYI Nubhan, 31, yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi mengambil inisiatif...

Rafizi Ramli Dakwa Difitnah...

KUALA LUMPUR - Calon jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli...

Isu Bogel: “Bukan Insiden...

BENTONG - Insiden pengunjung berbogel dan berkelakuan tidak sopan di sebuah resort di...

Pemotong Lori Haram, Dihukum Gantung Bunuh Lelaki

IPOH – Seorang pemotong lori haram, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan di Kampung Simee, di sini, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman S.M. Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Meng Boon, 39, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Lee didakwa membunuh Jasrafveendeerjeet Singh, 25, di hadapan Kedai Makanan dan Minuman Sun Heng di No 350, Lebuh 5, Kampung Simee pada 10.15 malam, 28 Julai 2013.

Bagi pertuduhan itu, Lee didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Tertuduh turut didapati bersalah terhadap dua pertuduhan cubaan membunuh Sarbjit Singh Harder Singh, 32, dan Kok Loo Kong, 59, pada masa dan tempat yang sama.

Lee didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pertuduhan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Komathy berkata beliau menerima keterangan saksi-saksi bahawa Lee adalah orang yang melepaskan tembakan dan mahkamah mendapati dia bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffrey Ong manakala peguam Sudesh Singh Salinder Singh mewakili tertuduh.

Pihak pendakwaan memanggil 14 saksi dalam kes itu.

Lee sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 20 Sept 2013 dan dipindah ke Mahkamah Tinggi pada 16 Jun 2015. – BERNAMA

Kategori