Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemergian Lagenda Tinju Dirasai...

PEMERGIAN Mohammad Ali, 74, seorang lagenda tinju dunia merupakan satu kehilangan buat arena...

Fasha Kecewa Ada Kesan...

KECEWA melihat kesan calar dan lebam anak perempuannya, Fasha Sandha baru-baru ini ada...

Pairin Akur Rayuan Akar...

KOTA KINABALU – Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata beliau akur...

Had Umur Beli, Kawasan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambah peruntukan larangan menghisap rokok elektronik (e-rokok) atau...

Penagih Maut, 3 Petugas AADK Cedera Van Terbabas

KUANTAN – Seorang penagih dadah wanita yang dalam perjalanan ke Pusat Pemulihan Narkotik Bachok, Kelantan maut selepas van Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang dinaikinya terbabas di KM 238 Lebuhraya Pantai Timur, petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, mangsa berusia 36 tahun dari Kuala Lumpur meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan yang berlaku ketika hujan lebat itu juga menyebabkan tiga kakitangan AADK iaitu Siti Dahlia Daud, 36, kritikal manakala Muhammad Noor Asyraf Mizlan, 32, yang memandu van itu dan Murni Daud, 29, parah.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila van itu terlanggar lopak air menyebabkannya terbabas ke sebelah kiri jalan dan merempuh besi pembahagi jalan sebelum terbalik ke longkang sebelah kiri bahu jalan.

“Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat. Semua kakitangan AADK juga dibawa ke hospital sama dan Siti Dahlia menerima rawatan di zon merah hospital,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.


Beliau berkata mangsa yang maut ditahan mengikut Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemuliharaan) 1983.

Mohd Noor berkata sampel air kencing dan darah pemandu van turut diambil bagi ujian toksikologi dan siasatan dijalankan mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori