Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hasil Siasatan MyCC Berkaitan...

KUALA LUMPUR : Hasil siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung dakwaan pelakuan antipersaingan...

Banjir: 19 Keluarga Dipindah,...

GEORGE TOWN - Seramai 40 orang daripada 19 keluarga dari Teluk Kumbar dipindahkan...

CRCC Sahkan Guan Eng...

GEORGETOWN - China Railway Construction Corporation (CRCC) mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menjadi...

Sultan Johor Meninggalkan Istana...

KUALA LUMPUR - Kenderaan membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilihat keluar meninggalkan...

Pendeposit TH Keluar RM500j Tahun Lalu Akibat Hasutan

BAGAN DATUK – Sebanyak RM500 juta wang simpanan telah dikeluarkan oleh pencarum Tabung Haji (TH) sepanjang tahun lalu berikutan terpengaruh dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan pembangkang terhadap agensi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang itu menyebabkan kira-kira 3,600 pendeposit menarik diri untuk mengerjakan ibadah haji sekali gus membatalkan giliran haji mereka.

“Tindakan mereka (pembangkang) menyebabkan pendeposit melakukan tindakan (menarik diri) kerana termakan fitnah pembangkang dan ada antara mereka yang menulis dalam kolum borang tersebut dengan menulis ‘saya telah hilang kepercayaan kepada Tabung Haji’,” katanya.

“Bayangkan kalau duit TH telah dilabur dalam bentuk aset seperti rumah, kilang serta tanah… mana kami hendak cari tunai untuk pulangkan semula wang pencarum, nasib baik kami ada tunai yang mampu tampung pengeluaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan sempena Karnival Mahabbah Institusi-institusi Agama Islam sempena Pemukiman Menteri Besar Perak Daerah Bagan Datuk di Masjid Al-Falah, Sungai Nipah Darat, di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori