Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

OneWheel: Papan Luncur Elektrik...

Bagi peminat filem “Back to the Future”, semestinya anda menantikan “Hoverboard”. Ia mungkin...

Nazmi Faiz Harus Dihantar...

KUALA LUMPUR - Pemain tengah skuad Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor harus...

Video: 8 Cara Sambut...

DIAM tidak diam, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan melabuhkan tirainya seterusnya...

Budak 8 Tahun Belajar...

KITA biasa mendengar orang belajar bermain muzik, memasak hidangan dan membuat kraftangan melalui...

Penduduk Kampung Parit Pulai ‘Lali’ Dengan Banjir

TANGKAK,- Berpindah ke pusat pemindahan banjir setiap tahun telah menjadi satu rutin bagi penduduk Kampung Parit Pulai di sini bila tiba musim hujan.

Ketua kampung tersebut, Mohd Som Leman, 48, berkata beliau bersama penduduk kampung sudah ‘lali’ dengan banjir dan akan membuat persiapan awal bagi memudahkan urusan berpindah ke pusat pemindahan.

“Setiap tahun sekurang-kurangnya sekali kami terpaksa berpindah ke Sekolah Kebangsaan Serom Lapan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata sehingga pukul 7 petang tadi, seramai 44 orang mangsa terdiri daripada sembilan keluarga telah berpindah ke sekolah berkenaan bermula 3 pagi.

“Kami berpindah dengan menggunakan kenderaan sendiri dan menyelamatkan barang serta dokumen penting apabila air naik ke paras paha,” katanya.

Salah seorang mangsa banjir, Noriah Jusof, 56, berkata beliau terus memindahkan barang elektrik seperti peti ais dan mesin basuh ke tempat tinggi apabila air mulai masuk ke rumah kira-kira 1 pagi.

“Apabila air semakin tinggi mencecah ke paras lutut saya bersama suami dan empat orang anak terus berpindah ke sekolah ini pada 3.30 pagi,” katanya.


Sementara itu, seorang peniaga, Zaiton Ahmad, 52, berterima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Tangkak kerana membantu keluargaya berpindah.

“Kalau ikut kudrat makcik dan tiga orang anak serta suami tidak mampu angkat barang besar seperti mesin basuh ke tempat tinggi dalam masa singkat. Mujurlah ada orang berbaju biru (APM) datang bantu,” katanya.

Zaiton berkata, beliau berpuashati dengan kemudahan serta bekalan makanan dan minuman disediakan agensi dan jabatan kerajaan di pusat pemindahan banjir. – BERNAMA

Kategori